memanjat
1. naik ke atas (pokok, tiang, dan lain-lain);
2. mendaki (bukit, gunung, dan sebagainya), menanjak:
mereka ~ Bukit Bendera beramai-ramai;
3. meminta ulang bicara di mahkamah yang lebih tinggi;
~ bersengkelit (peribahasa) sesuatu yang sudah menjadi adat (kebiasaan);
~ dedap (peribahasa) melakukan sesuatu dengan nekad (berani);
~ pokok cekur boleh mati jatuh (peribahasa) menerima hukuman yang berat kerana kesalahan yang sedikit;
seperti ~ terkena seruda (peribahasa) mendapat rintangan sukar dalam sesuatu usaha;
memanjati memanjat pada:
surau di kampung itu dipanjati rumput;
memanjatkan
1. menaikkan sesuatu pada;
2. menyampaikan (membaca) doa kepada Tuhan:
~ doa;
~ puji dan puja kepada Tuhan Yang Maha Esa;
~ perkara meminta perkara (tuduhan dan lain-lain) diulangbicarakan di mahkamah yang lebih tinggi;
panjatan
1. tempat untuk memanjat, pendakian;
2. perihal memanjat, pendakian;
pemanjat (orang dan lain-lain) yang memanjat.