1. lawan pendek:
tali itu ~;
penselnya masih ~ lagi;
2. lawan lebar, bujur:
mukanya ~;
3. tinggi:
badannya ~ lampai;
4. berlarut-larut, luas:
cerita yang ~;
berfikir ~;
5. lama:
~ umurnya;
6. jarak dari hujung ke hujung (di antara dua tempat), lawan lebar:
~ sebuah bilik tiga meter lebih daripada lebarnya;
7. jarak masa, lama:
~ waktu siang di khatulistiwa sentiasa selama 12 jam;
~ akal (ingatan, kira-kira) tidak sempit (pendek) akal, boleh berfikir baik-baik;
~ bulat panjang dan bulat (seperti buluh), bulat torak;
~ ekor berani berbuat jahat (melanggar peraturan);
~ gelombang (Fizik) jarak di antara dua puncak gelombang yang bersebelahan;
~ ikatan (Kimia) jarak di antara dua nukleus atom yang terikat bersama dalam satu sebatian;
~ lampai kecil tinggi (badan);
~ lanjut (lebar) dengan butir dan keterangan yang banyak;
~ lidah (mulut, muncung) suka mengadu atau menyampai-nyampaikan cakap orang, suka menceritakan hal orang;
~ nafas tidak pendek nafas, boleh berlari jauh;
~ pendek panjang atau pendek;
~ tangan suka mencuri;
~ tangkai [Minangkabau] hujan;
~ umur (usia) lama hidup;
~ langkah singkat pinta (permintaan) (peribahasa) sudah sampai ajal, meninggal dunia;
ditindih yang berat dililit yang ~ (peribahasa) kemalangan yang tidak dapat dielakkan;
hendak ~ terlalu parah (peribahasa) hendak meninggikan diri sangat, akhirnya jatuh;
kalau ~ beri beruas, kalau pendek beri berbuku (peribahasa) sebelum berbuat sesuatu tentukan aturan-aturannya supaya tidak kacau;
mendapat ~ hidung (peribahasa) mendapat malu;
sama ~ dengan urat perut (belikat) (peribahasa) terlalu bohong;
sudah ~ langkahnya (peribahasa) sudah meninggal;
sepanjang
1. sejauh, mengikut panjang:
matanya menyelusur ke ~ tembok itu;
ia pun menyuruh membuat kubu ~ sungai itu;
2. segenap waktu, selama, seluruh:
~ perjalanan itu mereka terus berbual-bual;
ia memandang muka kawannya yang ~ masa tunduk sahaja;
~ tahun selama setahun penuh;
3. mengikut, pada:
~ pengetahuan saya, penyakit ini tiada namanya dalam bahasa Melayu;
~ yang mereka ketahui;
berpanjang;
~ kalam menceritakan dengan lanjut (panjang lebar);
~ madah bercakap banyak-banyak;
berpanjang-panjang bercakap dengan panjang lebar:
janganlah saudara ~ kerana kita sudah tidak ada masa lagi;
berpanjangan, berpanjang-panjangan berlanjut-lanjut, berlanjutan, tidak berkeputusan, berterus-terusan:
inginkah saudara soal ini diusut berpanjang-panjangan;
kemesraan yang ~;
memanjang
1. menjadi panjang (lanjut):
spring itu ~;
tepuk tangan yang ~;
2. mengikut panjang, membujur:
potong sekeping kain ikut tepi atau ~;
3. terletak dan lain-lain mengikut panjang, tidak melintang:
di ampaian di tepi beranda yang ~ bangunan itu bergantungan pakaian kerja;
memanjangkan
1. menjadikan panjang, melanjuntukan, meneruskan:
dan Tuk Hassan Temenggung yang pertama melabuhkan baju Melayu, dan membesarkan pangkal lengan, dan ~ tangan baju;
aku bersyukur kepada Tuhan yang telah ~ umurku;
keadaan ini akan menyebabkan pemulihan ekonomi tidak dapat dikekalkan serta ~ kemelesetan yang sedang berlaku;
2. menyampaikan:
segala keputusan yang dibuat akan dipanjangkan kepada kerajaan;
memperpanjang menjadikan lebih panjang:
jalan-jalan raya akan dibina, diperpanjang, dan diperlebar dalam kawasan-kawasan yang berpenduduk padat;
panjangan lanjutan;
kepanjangan
1. perihal panjang (lama dan lain-lain), kelanjutan:
kata pengantar yang ditulisnya itu memang panjang, satu ~ yang disengajakan;
2. terlalu panjang:
nampak seolah-olah kaki dan lengannya terlalu ~;
berkepanjangan berpanjang-panjangan, berpanjangan:
abang memohon doa yang ~ daripada engkau;
zaman yang ~;
pemanjangan perihal atau perbuatan memanjang(kan):
Hukum Hooke menyatakan bahawa ~ dawai atau spring itu adalah berkadar dengan beban pada dawai-dawai atau spring itu;
pemanjang sesuatu yang memanjangkan:
huruf ~ bunyi.