riba, ribaan:
tuanku Malim Deman bersenda gurau dengan tuan Puteri Bungsu, pujuk, ~, belai, menghabiskan kesukaannya;
berpangku (duduk, tidur, dan lain-lain) di atas pangku:
dia menjenguk ke dalam seketika dan mendapati orang banyak, ada yang sedang ~-pangku;
anak kecil selalu berkehendakkan kebiasaannya itu umpamanya tidur berkipas, tidur ~, tidur berbuai;
~ tangan tidak berbuat apa-apa, tidak melakukan apa-apa kerja;
memangku
1. meletakkan sesuatu di atas riba (dan memegang atau memeluknya), meriba:
aku tidak dapat ~nya lagi di atas lutuntuku;
2. membawa sesuatu di atas lengan yang dibengkokkan (seakan-akan mendakapnya):
enam belas jawatan ~ perkakas kerajaan dan memegang dian;
bininya dipangku dan dibawa keluar dari semak itu;
3. [arkaik] memeluk atau menganut (agama, ideologi, dan lain-lain);
4. mengelolakan atau menyelenggarakan (kerajaan, negara, dan lain-lain):
~ negeri;
5. mewakili (sebagai wali), memegang jawatan sementara bagi menggantikan pegawai dan lain-lain yang tetap:
Raja Abdul Jalil dirajakan seperti wasiat Sultan Muzaffar Shah itu, dipangku oleh Bendahara;
kerana Maha Hakim itu bercuti atau sakit, maka tempatnya boleh dipangku oleh seorang Hakim Besar;
6. memegang sesuatu jawatan (pangkat), memikul tanggungjawab:
siapakah yang ~ jawatan pengarah syarikat itu pada masa ini?;
jangan ~ ayam jantan, baik ~ ayam betina (peribahasa) kalau pergi ke negeri orang janganlah menghabiskan harta tetapi hendaklah mencari keuntungan;
pangkuan
1. ribaan:
ia membaringkan Masdi di atas ~nya;
2. [kiasan] kalangan, lingkungan:
Irian Barat telah kembali ke ~ ibu pertiwi;
ia membaca doa perlahan-lahan supaya Jospin dikembalikan semula ke ~ mereka;
pemangkuan
1. perbuatan memangku;
2. perbuatan mengelolakan (negara, tanah, dan lain-lain);
pemangku
1. orang yang memegang sesuatu jawatan;
2. timbalan (raja, pegawai, dan lain-lain);
~ raja
timbalan raja:
Tun Abdul Razak, ~ Perdana Menteri;
3. orang yang menyelenggarakan pemerintahan dan lain-lain, pengelola.