pangkat

1. sejenis tingkat (mahkota, bumbung istana, dan lain-lain):
dikenakan mahkota di hulu baginda dua belas ~;
besar istana itu tujuh belas ruang, ruangnya tiga-tiga depa, besar tiangnya sepemeluk, tujuh ~ kemuncaknya;

2. lantai (panca-persada):
maka ia menyuruh membuat panca-persada tujuh ~;

3. tingkat atau lenggek (rumah dan lain-lain);

4. martabat, darjat, kedudukan:
yang dipandang orang bukannya budi tetapi ~ dan harta;

5. tingkatan kedudukan dalam kerja (di pejabat, dalam ketenteraan, dan lain-lain):
Karim diberi ~ koperal;
guru-guru besar yang ada hati perut mahu naik ~,
mahu jadi guru-guru pelawat;
gila ~
terlalu ingin mendapat pangkat;
naik ~
a) mendapat pangkat (yang lebih tinggi);
b) naik kelas;
tanda ~ tanda yang menunjukkan pangkat;
turun ~
a) turun kedudukan dalam pejabat dan lain-lain;
b) turun kelas;

6. kelas, darjah, tingkatan (di sekolah dan lain-lain):
murid-murid ~ lima;

7. taraf (darjah) kelulusan peperiksaan (sijil dan lain-lain):
kelulusan bahasa Melayu ~ kepujian;
Sijil Persekolahan ~ satu;

8. tingkatan atau kedudukan dalam pertalian keluarga:
dia ~ anak saudara pada saya;

9. [Indonesia] hasil menggandakan sesuatu bilangan dengan mendarabkannya (beberapa kali) dengan bilangannya sendiri, kuasa:
dua ~ tiga ialah 23 = 2 x 2 x 2;

sepangkat
1. sama pangkatnya, setaraf, sedarjat;

2. sama umurnya, sebaya;

berpangkat
1. mempunyai (memegang) pangkat:
ketika itu suaminya bekerja menjadi S.C. tidak ~ apa-apa;
sekarang ia ~ kapten;

2. mempunyai darjat (kedudukan) tinggi, bangsawan:
di sekelilingnya dilihatnya orang tua-tua dan orang besar-besar yang ~ belaka;

3. berkedudukan tertentu dalam pertalian keluarga:
dia mesti menziarahi ibu keluarganya kerana kewajibannya sebagai orang ~ tua dalam puaknya;
pulai ~ naik, manusia ~ turun
(peribahasa) manusia mati mestilah meninggalkan nama dan perbuatan yang baik;

berpangkat-pangkat bertingkat-tingkat, bersusun-susun;

memangkatkan
1. menentukan atau menetapkan pangkatnya;

2. mengangkat, melantik;

3. menaikkan sesuatu bilangan ke pangkat dua (tiga dan lain-lain);

kepangkatan perihal pangkat (martabat, darjah, dan lain-lain);

pemangkatan [arkaik] pemberian pangkat, pengangkatan, pelantikan.

berkongsi