panggil

memanggil
1. menyuruh datang (balik) dengan menyebut nama dan lain-lain:
maka bertemulah dengan sebuah perahu peraih ikan, maka dipanggil, lalu datanglah ia;

2. menjemput, mengundang (ke majlis kenduri dan lain-lain):
segala orang yang berkenaan akan dipanggil untuk menyaksikan perayaan itu;

3. menamakan, menggelar, menyebut:
buah ini dipanggil timun;
selama besar ini dia termalu-malu ~ abang;
belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang
(peribahasa) terlalu rajin (lekas mengerjakan sesuatu yang disuruh);
kalau dipanggil dia menyahut, bila dilihat dia bersua (peribahasa) jawaban yang tepat bagi sesuatu pertanyaan;

memanggil-manggil menyebut (meneriak) nama seseorang berulang kali:
tatkala ahli keluarga sedang bersarapan di dalam rumah, kami terdengar orang ~ ayah dari luar;
anak itu menangis sambil ~ ibunya;

memanggilkan
1. memanggil untuk:
panggilkan dia sebuah teksi;

2. memanggil (menyebut) dengan:
ia berasa gembira apabila orang ~ tuan kepadanya;

terpanggil
1. [Minangkabau] dipanggil (disuruh datang) kerana sesuatu perkara:
seisi pasar tempat kantor Tuanku Demang berdiri sudah tahu bahawa Yusuf ~;
bagi seseorang gadis tidak baik ~-panggil ke pengadilan;

2. berasa terdorong (tertarik, bertanggungjawab, terpengaruh dan sebagainya) untuk melakukan sesuatu:
sebagai penyanyi, dia turut ~ untuk memikul tanggungjawab menangani gejala sosial yang membimbangkan ketika ini;
dia semacam ~ untuk menolak dan menentang sekeras-kerasnya gagasan itu;

panggilan
1. suara memanggil:
dalam gelap itu terdengar suatu ~ yang jelas dari jalan;

2. ajakan, jemputan, undangan:
hatiku berdebar-debar, tentu ~ ini bersangkutan dengan kerosakan di kilang elektrik;
dia sendiri kurang pasti tentang tujuan ~ ketua kampung malam itu;

3. gelaran, sebutan nama:
ia pun menukarkan nama dengan ~ Ken Anglira Sari;

4. orang yang dipanggil;
~ hidup (jiwa) kesukaan atau kecenderungan dalam sesuatu lapangan (pekerjaan dan lain-lain);
~ jauh = ~ STD = ~ nasional panggilan yang dibuat ke tempat yang melebihi 4 km dari ibu sawat, biasanya caj akan dicetak pada bil telefon dengan butiran terperinci;
~ kejut panggilan melalui telefon yang bertujuan menyedarkan atau mengejuntukan tetamu yang menginap di hotel dan sebagainya, biasanya dibuat oleh pihak hotel dan sebagainya atas permintaan tetamu;
~ mulut jemputan dengan mulut (tidak dengan kad dan lain-lain);
~ tempatan panggilan yang dibuat dalam jarak 4 km dari ibu sawat;
P~ Terus Antarabangsa panggilan telefon ke luar negara yang boleh dilakukan secara terus kepada orang yang dihubungi tanpa perlu menggunakan khidmat operator.

pemanggil (orang) yang memanggil:
dinanti-nantilah oleh semua ~ itu akan Pak Lebai beberapa lamanya hingga beralih matahari;
canang ~
canang untuk memanggil (memberitahu);

sepemanggil sejauh suara orang memanggil.

berkongsi