pandu I

1. = pemandu orang yang menunjukkan jalan (di laut dan lain-lain), perintis jalan:
hamba sanggup menjadi ~ kepada ketua-ketua kita itu;

2. kapal yang menunjukkan jalan (di pelabuhan), mualim;

3. [Indonesia] anggota pasukan pengakap;
~ puteri anggota pasukan pengakap wanita;

berpandu memakai penunjuk jalan;
peluru ~ peluru yang boleh dikawal secara elektronik semasa penerbangannya untuk menuju ke arah sasarannya;

berpandukan
1. memakai penunjuk jalan;

2. memakai sesuatu sebagai petunjuk (pedoman, pimpinan, dan lain-lain):
membina jambatan ~ pelan;

memandu
1. memimpin:
dialah yang ~ angkatan sepuluh orang itu ke Pulau Tioman;

2. membawa (kereta, kapal terbang):
~ kereta dengan laju;

memandukan menunjukkan (kapal dan lain-lain) jalan, memimpin (kapal dan lain-lain);

panduan
1. orang yang menunjukkan jalan, pengiring;

2. pedoman, petunjuk, pimpinan:
Quran ialah kitab Islam yang mengandungi segala ~ bagi umat Islam;

3. sesuatu yang dipakai untuk rujukan (untuk mengetahui nama, alamat, butir-butir, dan lain-lain);
~ telefon buku yang mengandungi nombor telefon dan alamat pemunyanya;

kepanduan perihal pandu;

pemanduan perbuatan memandu (kereta, kapal, dan lain-lain):
ia akan lebih awas dengan ~ keretanya;

pemandu
1. orang yang memandu (menunjukkan jalan), pandu, perintis jalan:
mereka menjadi ~ kepada gerila-gerila Indonesia;

2. orang yang memandu atau membawa (kereta, kapal terbang, dan lain-lain):
~ bas.

berkongsi