pandang

1. lihat (sambil memerhatikan);
beradu ~ bertemu mata, berhadapan muka;
membuang ~
a) memalingkan muka, melihat ke tempat lain;
b) = melayangkan ~ melihat jauh-jauh;
seimbas (selayang) ~ melihat dengan sekali imbas (sepintas lalu);

2. [bahasa percakapan] memandang;
~ ringan menganggap sepi atau tidak penting;
alat ~ dengar alat untuk mengajar melalui pelihatan dan pendengaran (mis pita rakaman, televisyen, dan lain-lain);
~ tilik pendapat (fikiran);
~ tinggi menganggap mulia (berharga dan lain-lain);
~ anak, ~ menantu (peribahasa) memilih menantu biar sepadan dengan anak;
~ jauh dilayangkan, ~ dekat ditukikkan (peribahasa) [Minangkabau] memeriksa sesuatu dengan cermat (teliti);

berpandangan, berpandang-pandangan saling melihat, berlihat-lihatan, berhadapan muka:
maka ~lah segala rakyat bala tentera;
mereka semua berpandang-pandangan sejurus;
~ dengan
berhadapan dengan;
~ mata bertemu mata;
~ muka berhadapan atau bertemu muka;

memandang
1. menggunakan mata untuk mengetahui, melihat seraya mengendahkan, memperhatikan, mengamati:
dipandangnya bangunan yang tiga tingkat itu;
segala perempuan yang ~ itu semuanya tertawa gelak-gelak;

2. menganggap:
Wan Derus dipandang sebagai seorang ketua;

3. memikirkan, mempedulikan, memerhatikan:
keadilan tidak ~ pangkat atau harta;

4. menghormati, menghargai:
ia dipandang orang di kampung itu;
~ berat
menganggap sesuatu bukan sebagai perkara kecil atau tidak penting, memberikan perhatian dengan penuh kesungguhan;
~ enteng (gampang, mudah, ringan, sepi) menganggap enteng (gampang dan lain-lain), menganggap tidak penting;
~ hina (rendah)
a) menganggap hina (rendah);
b) menghinakan (merendahkan);
~ jauh (ke hadapan) memberikan perhatian kepada atau memperhitungkan perkembangan (kepentingan dan sebagainya) jangka panjang;
~ kepada mengambil kira akan memperhitungkan, memikirkan;
~ serong menganggap tidak jujur, tidak mempercayai;

pandang-memandang
1. berpandang-pandangan, saling memandang:
masing-masing ~;
mereka ~ ;

2. saling menghormati (menghargai dan lain-lain), hormat-menghormati, segan-menyegani, dan lain-lain:
hidup berjiran begini, kita harus ~;

memandangi memandang dengan teliti, melihati, mengamati:
isterinya tegak juga di situ ~nya bekerja;

terpandang
1. dapat dipandang, terlihat, kelihatan:
~lah si anak itu telah terjeringing;
tidak ~

a) tidak terlihat (kelihatan);
b) tidak dapat dipandang sahaja begitu, tidak dapat dibiarkan begitu;

2. tidak sengaja atau tiba-tiba memandang (kepada, pada):
serta ia ~ muka Tuan Raffles;

3. terkemuka, terbilang, disegani, dihormati:
ia hendak menjodohkan anaknya dengan orang yang ~;

terpandang-pandang seakan-akan tampak, teringat:
dalam seminggu selepas perpisahan itu ~ saya akan rupanya;

terpandangkan terpandang akan:
apabila ~ Milah yang sedang muncung, dia cepat-cepat mengalih mukanya;

memandangkan memikirkan, (apabila) mempertimbangkan atau memperhitungkan:
~ pengalaman puan selama ini saya dengan sukacitanya melantik puan sebagai ahli jawatankuasa Kongres Cendekiawan Melayu ke III;

pandangan
1. hasil perbuatan memandang:
ia memusatkan ~nya pada gadis itu;
mencuri ~
memandang dengan tidak diketahui orang;

2. apa yang terlihat (tergambar) di mata, hasil perbuatan memandang:
dengan mendekatkan mata pada kanta itu kita nampak satu ~ yang luas;
wang hantaran ini dikeluarkan sahaja buat ~ orang ramai;

3. a) yang menjadi perhatian:
anak muda itulah yang menjadi ~nya;
b) [kiasan] yang dihormati (dicita-citakan dan lain-lain):
dialah ~ orang di kampung itu;

4. anggapan, pendapat, tanggapan, fikiran:
~nya terhadap Aini tidak berubah;
~ hidup
pendapat tentang hidup, falsafah hidup;
~ politik pendapat terhadap politik, falsafah politik;

berpandangan mempunyai pandangan (bahawa), berpendapat:
ia ~ bahawa nilai karya sastera harus dilihat daripada aspek etika dan agama;
mereka juga ~ sama tentang perkara ini;
~ jauh
mempunyai hematan dan kebolehan menjangka (keperluan, masalah, perkembangan, dan sebagainya) yang akan datang atau timbul:
kita memerlukan rancangan yang rapi dan jangka waktu yang agak panjang, di samping pemimpin-pemimpin negara yang berkaliber, matang, berani dan ~ jauh;

pemandangan
1. keupayaan (kemampuan) mata untuk memandang, pelihatan:
~nya sudah kabur;

2. [sastera lama] pemerhatian:
pada ~ patik ada juga sesuatu kedukaan tuanku, katakan kepada patik, mudah-mudahan dapat patik membicarakan dia;

3. keadaan (alam dan lain-lain) yang indah dipandang:
bukan buatan indah ~ dewasa itu;
lukisan ~
lukisan berkenaan alam;

4. hasil memandang, pandangan:
~ dari depan berbeza dari belakang;

5. pendapat, pandangan, pengetahuan:
memberikan ~nya tentang ciptaan itu;
jauh perjalanan, luas ~
jauh perjalanan, luas pengetahuan;
~ umum pemandangan mengenai seluruh soal atau hal;

6. ulasan, komentar:
~ politik hari ini;

sepandangan sejauh yang dapat dipandang;

pemandang
1. orang yang memandang;

2. [sastera lama] pandangan, pelihatan.

berkongsi