pancing

alat untuk menangkap ikan dan sebagainya yang terdiri daripada joran, tali yang hujungnya berkait tajam, dan umpan, kail;
makan ~ terlekat pada mata kail, kena tangkap dengan kail (berkenaan (dengan) ikan dan lain-lain);
~ kacar pancing yang tidak memakai mata (untuk menangkap sotong dan lain-lain);
~ tunda pancing yang ditarik pada belakang perahu;
main ~ sejenis permainan daun terup (kartu);
umpan habis ~ putus, punca terlepas daripada tangan (peribahasa) perbuatan atau usaha yang sia-sia, malahan rugi pula;

memancing
1. menangkap ikan dan lain-lain (dengan pancing);
mengail:
aku hendak ~, apa umpannya Andeh?

2. [kiasan] melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mendapat (mengetahui dan lain-lain) apa yang dihajati, mengumpan (memikat dan lain-lain):
usul ini semata-mata untuk ~ undi;
menatap dengan pandangan seakan-akan ~ reaksiku;
~ rahsia;
mencari (mengetahui) rahsia;
~ di air keruh (peribahasa) mencari keuntungan sewaktu keadaan kacau dan lain-lain;
niat hati hendak ~ ikan, tak mahu membuang umpan (peribahasa) perihal orang yang mahu untung sahaja tetapi tidak mahu rugi;

pancing-memancing [kiasan] saling menarik hati, memujuk atau memikat seseorang supaya masuk ke dalam kumpulan berkenaan, biasanya dengan menawarkan pelbagai ganjaran yang menarik dan lumayan:
kini soal ~ pemain-pemain dengan menjanjikan ganjaran dan habuan yang lumayan menjadi topik utama;

terpancing kena pancing, terkail;
niat hati hendak memancing temenung, sudah ~ ikan setoka (peribahasa) lain yang dikehendaki lain yang didapat (kemuliaan yang dihajati kehinaan yang diperoleh);

pancingan sesuatu yang digunakan untuk memancing (memikat dan lain-lain), provokasi:
rancangan itu sebagai satu ~ undi pilihan raya;
ini semua hanya ~;

kepancingan penyakit sakit di kerongkong sewaktu menelan, kail-kail;

pemancing orang yang memancing.

berkongsi