pancang I

kayu (buluh dan lain-lain) yang dipacakkan ke tanah (untuk tempat menambat perahu, tanda sempadan, dan lain-lain);
~ dirasa [Kelantan] penderitaan hidup, perasaan yang luar biasa;
~ yang empat [Minangkabau] sempadan ladang di keempat-empat penjurunya;
bagai ~ digoncang arus (peribahasa) tidak tegas (tetap) pendiriannya (berubah-ubah mengikut mana yang kuat dan lain-lain);

memancang
1. memacak pancang, memasang pancang;
~ gelanggang
a) membuat gelanggang tempat peraduan (menyabung ayam dan lain-lain);
b) kebenaran untuk menyabung ayam;
c) mengadakan keramaian (kerana perkahwinan dan lain-lain);

2. macam pancang (tegak sahaja, tidak beralih-alih, dan lain-lain):
kayu itu ~ di tengah-tengah gelanggang;

memancangkan
1. memacakkan pancang (galah dan lain-lain) ke tanah:
~ beberapa batang tiang di pantai;

2. meletakkan atau menempatkan (tulisan dalam penerbitan dan lain-lain);

terpancang
1. sudah dipancangkan, tercacak:
di mana ~ banyak galah, di situlah pangkalan kita;

2. [kiasan] terdiri tegak (tidak bergerak-gerak), tertumpu pada satu tempat, terpaku:
Basir masih ~ di lantai;
matanya ~ ke pintu kamar itu;

berkongsi