paksa I

1. perbuatan memestikan (orang melakukan sesuatu dan lain-lain);
kahwin ~ kahwin tidak dengan suka hati sendiri (kerana desakan, ugutan, dan lain-lain);
kerja ~ kerja tidak dengan kemahuan sendiri (kerana hukuman);

2. kekerasan, tekanan, dan lain-lain;
dengan ~ dengan kekerasan;

memaksa memestikan (dilakukan sesuatu), menyuruh dengan paksa:
aku tidak ~ engkau mendengar nasihatku;

memaksa-maksa meminta dengan sangat, mendesak;

memaksakan menyorongkan (menganjurkan, memberikan, dan lain-lain):
pendapat yang baik tidak payah dipaksakan kepada orang;

terpaksa dipaksa, mesti, tidak boleh tidak:
mahu tidak mahu kami ~ bermalam di situ;

paksaan
1. paksa, desakan kuat, kekerasan:
~ untuk bekerja bagi kepentingan kaum kapitalis tidak ada;
tiga setengah tahun lamanya kita menderita ~ dan kekejaman Jepun;

2. yang dipaksa;

keterpaksaan keadaan terpaksa:
~ Nila Utama membuang mahkota lambang kekuasaannya ke laut;

pemaksaan perihal atau perbuatan memaksa:
ia membantah ~ terhadap dirinya;

berkongsi