pakej

1. tawaran (cadangan) yang dikemukakan terhadap sesuatu urus niaga, perkhidmatan, dan lain-lain dengan butiran lengkap (kos, bilangan hari, dan sebagainya) yang mesti diterima semuanya sebagai suatu keseluruhan:
~ percutian ke Pulau Langkawi;

2. (Komputer) atur cara dan dokumen berkaitan yang membentuk suatu sistem perisian yang bersepadu;

mempakejkan memasukkan tawaran (cadangan, perkhidmatan dan sebagainya) ke dalam satu pakej:
semua perkhidmatan terbabit dipakejkan ke dalam pakej tersebut.

berkongsi