pakai

1. = memakai:
semua ~ baju tangan panjang;
boleh ~ kasut;
makan ~;

2. dengan cara, dengan jalan:
tiap-tiap kali ibunya membeli tidak ~ bayar, tetapi ~ tulis sahaja;
~ paksa sahaja;

dipakai [bahasa percakapan] didengar (diberi perhatian):
teguranku tidak sedikit pun ~nya;

berpakai
1. = berpakai-pakai (sedang) mengenakan pakaian:
kira-kira pukul lima petang, Rijnhaard telah berpakai-pakai;

2. [Minangkabau] masih dijalankan (digunakan), masih terus berlaku;

memakai
1. mengenakan (meletakkan) pakaian dan lain-lain:
~ baju Melayu;
~ kasut;

2. menggunakan, melakukan sesuatu dengan:
~ senjata;
jalan bahasa seperti yang dipakai oleh orang Melayu;
~ bau-bauan;
~ adat;
~ pembantu;
~ faham dengki-mendengki;

3. menjadikan sebagai gundik:
perempuan-perempuan muda yang disukai oleh ketua-ketua lanun itu biasanya menjadi gundik atau dipakai oleh mereka;

4. menggunakan ilmu (azimat, tangkal, dan sebagainya) untuk menjaga badan (diri dan sebagainya);

memakaikan
1. mengenakan baju dan lain-lain pada:
ia telah dipakaikan pula baju dan seluar yang labuh dan besar;

2. menggunakan (mempergunakan) pada:
diberinya sebilah keris yang bernama Tanjung Lada, maka dipakaikan oleh Apu itu kepada anaknya;

3. [arkaik] memakai;

terpakai
1. dipakai:
apa yang telah disebuntukan tentang sistem otot dahulu ~ juga pada sistem saraf;

2. sudah dipakai:
wang yang ~ hanya sebahagian sahaja;

berkongsi