pak I

singkatan bagi bapak;
~ alang (ngah) bapa saudara yang tengah;
~ belang harimau;
~ cik
a) ~ cu (usu) bapa saudara yang termuda;
b) panggilan kepada orang yang separuh umur;
~ janggut
a) orang yang berjanggut;
b) orang Benggali;
P~ Kaduk orang yang malang kerana kebodohannya;
~ long (tua, ua, wa) bapa saudara yang tua sekali;
~ mulung tukang cerita dalam persembahan mekmulung yang turut sama melakonkan ceritanya dengan pelakon lain;
~ na [Kelantan] barua;
~ pacak orang yang tidak penting peranannya dalam sesuatu peristiwa (seperti watak tambahan dalam lakonan pentas dan lain-lain);
P~ Pandir orang yang bodoh;
~ pecocok orang yang jahat (pencuri dan lain-lain);
~ sanggup
a) orang yang menyanggupi sebarang kerja yang diberikan;
b) orang yang mengahwini perempuan yang sudah hamil;
~ teh bapa saudara (adik yang kelima atau keenam daripada ayah atau ibu);
~ turut orang yang tidak mempunyai pendirian sendiri (menurut orang lain sahaja).

berkongsi