bunyi yang hampir serupa dengan desak.
desup
bunyi benda terbenam dalam lumpur dengan laju (keras).
desur
bunyi yang hampir sama dengan desar dan desir;
berdesur berbunyi desur:
kudengar tiupan angin yang kencang, ~ memukul sayap kapal terbang.
desus
~-desis = berdesus, berdesus-desus, mendesus, mendesus-desus bunyi seperti bunyi orang berbisik;
mendesuskan membisikkan;
= desas-desus.
desut
bunyi seperti bunyi angin yang kencang (orang meniup api dan sebagainya);
mendesut berbunyi seperti bunyi angin yang kencang (orang meniup api dan sebagainya).
detak
bunyi seperti bunyi jantung berdenyut;
~ jantung bunyi denyut jantung, debar jantung;
~ hati ki perasaan (fikiran, kata hati) yang mendatang;
berdetak, berdetak-detak
1. berbunyi seperti bunyi jantung berdenyut;
2. [kiasan] terfikir, terasa, terpendam:
Aishah sengaja tidak mahu menunjukkan apa yang sedang ~ dalam hatinya;
mendetakkan membunyikan tak tak dengan lidah;
detakan bunyi berdetak:
dalam dadanya terasa ~ jantung.
detap
bunyi seperti bunyi hentakan kasut sewaktu berjalan (ranting kayu dipijak dan sebagainya);
berdetap berbunyi seperti bunyi hentakan kasut sewaktu berjalan (ranting kayu dipijak dan sebagainya):
Lamid membuka matanya lebar-lebar apabila terdengar ranting ~ dipijak orang;
mendetap-detapkan membunyikan hentakan kasut sewaktu berjalan:
gadis itu ~ kakinya ke lantai dan mengetuk-ngetukkan jarinya ke meja;
detapan bunyi berdetap:
~ kasutnya semakin cepat kedengaran menghampiri rumah itu.
detar
bunyi seperti bunyi benda yang bergetar (bergegar, bergentar, dan sebagainya);
berdetar, mendetar berbunyi seperti bunyi benda bergetar (bergegar, bergentar, dan sebagainya).
detas
bunyi seperti bunyi benang putus (kulit telur pecah, air hujan menitik ke atap, dan sebagainya);
berdetas, berdetas-detas berbunyi seperti bunyi benang putus (kulit telur pecah, air hujan menitik ke atap, dan sebagainya):
air hujan mula turun berdetas-detas ke atas atap rumah.
detasemen
[Indonesia-Belanda] sepasukan (sebahagian) daripada askar (polis) yang bertugas di sesuatu tempat.