desertir

[Indonesia-Belanda] orang yang lari daripada perkhidmatan tentera (memihak kepada musuh).

desi

– (dsi) awalan asing satu persepuluh, misalnya desigram dan desimeter.

desik

bunyi seperti bunyi ranting patah (daun kering ditiup angin dan lain-lain).

desing

bunyi seperti bunyi angin yang kencang (peluru yang ditembak, baling-baling yang dilempar, dan lain-lain);

berdesing, mendesing
1. berbunyi seperti bunyi angin yang kencang dan lain-lain:
angin ~ di sela-sela daun kelapa;
suara keridik dan belalang sahaja yang kedengaran mendesing memecah kelengangan itu;

2. [kiasan] = ~ telinga timbul rasa marah (sakit hati dan sebagainya apabila mendengar kata-kata yang mencabar, mencerca, dan sebagainya):
~ telinga si Kotot mendengar cabaran Tudin, lalu dicabutnya keris, dan terus meluru menerkam Tudin;

berdesing-desing, mendesing-desing
1. berdesing (mendesing) berulang-ulang atau berterusan;

2. [kiasan] masih terngiang-ngiang (terdengar-dengar) di telinga (berkenaan (dengan) kata-kata dan sebagainya), teringat-ingat:
Aku tahu ibu, umur perajurit tidak panjang, ~ kata itu di telinga ibu tua, seperti angin mendesing-desing di daun kayu;

desingan bunyi yang mendesing (berdesing).

desir

bunyi seperti bunyi daun kayu ditiup angin (wap yang keluar dari cerek, pasir ditiup angin, dan lain-lain):
angin laut mulai bertiup dan terdengarlah ~ daun kayu di tepi pantai;

berdesir, mendesir berbunyi seperti bunyi daun kayu ditiup angin (wap keluar dari cerek dan lain-lain):
daun buluh ~ ditiup angin petang;

desiran bunyi yang berdesir (mendesir):
derauan hujan berselang-selang dengan ~ daun kayu.