dendang I

sejenis burung, gagak, Corvus macrorhynchos;~ laut sejenis burung, Sula leucogaster;
burung ~ air
= ~ laut sejenis burung, kosa, Phalcrocorax carbo;
~ (meng)gonggong telur
(peribahasa) perempuan hodoh berpakaian cantik;

= dandang III.

dendang II

1. sejenis kumbang yang hitam, Cantharis hirsticornis;

2. sejenis kumbang yang perang kemerah-merahan, Illectica testaceae.

dendang IV

nyanyian (lagu yang dinyanyikan) untuk bersuka-suka atau menghiburkan hati;
dengan ~ ki dengan mudah sahaja;

berdendang, berdendang-dendang bernyanyi (berlagukan) dendang, bernyanyi (-nyanyi) untuk bersenang-senang hati:
mereka terus ~ dan berpantun;
orang ~ di pentasnya, orang beraja di hatinya
(peribahasa) tiap-tiap orang berkuasa di tempat masing-masing;
sambil ~ biduk hilir (peribahasa) membuat dua tiga pekerjaan dengan sekali gus;

mendendangkan menyanyikan dendang (untuk bersuka-suka hati), menyanyikan (lagu yang menghiburkan):
suara burung hantu bersahut-sahutan di tengah rimba ~ lagu disahuti dengan suara pungguk yang lanjut sayu;
kedengaran di radio, biduan P. Ramlee sedang ~ lagu Merak Kayangan;

dendangan (lagu dan sebagainya) yang didendangkan oleh seseorang:
lagu merdu ~ biduanita Saloma.

dendeng II

mendendeng
1. menayangkan atau menunjukkan (gambar, surat, dan lain-lain) tetapi tidak diberi pegang:
dia ~ gambar kawannya kepada saya;

2. melindungi (menutupi) dengan sesuatu benda yang lebar;

terdendeng tertayang atau tergantung (berkenaan (dengan) gambar, cermin, dan lain-lain):
gambarnya ~ di dinding bilik tidurnya.

denderam II

sejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras dan gula melaka, dibentuk seperti roda ataubulat leper yang berlubang di tengah, peniaram.