rajah, bagan, peta.
denah II
hantu ~ sejenis hantu yang menyebabkan kaki menjadi bengkak.
denai
bekas jejak binatang di hutan (semak, belukar, dan lain-lain):
~ babi;
~ gajah;
ikut ~ berjalan mengikut jejak binatang;
bagai anjing melintang ~ (peribahasa) seseorang yang sombong (gembira);
bagai ~ gajah lalu (peribahasa) kerosakan yang besar;
berdenai mempunyai denai:
lereng bukit yang ~.
denak
1. burung atau binatang pemikat (untuk menarik burung atau binatang yang hendak diperangkap dan sebagainya), umpan:
Dolah batuk menguku-nguku macam ~ tekukur melawan;
ayam ~
a) ayam hutan;
b) ayam katik;
~ penunggul (burung) pemikat yang dilekatkan pada tunggul kayu;
seperti ~ mencari lawan (peribahasa) seseorang yang gagah dan berani. 2. [Kedah] telur yang digunakan untuk mengumpan ayam supaya bertelur.
dencang
bunyi yang bergemerencang (seperti bunyi pedang yang bersentuhan).
dencing
decing, denting.
denda
1. hukuman berupa wang, sejumlah wang yang (mesti) dibayar (kerana telah melakukan sesuatu kesalahan seperti melanggar peraturan, undang-undang, dan lain-lain):
setelah membayar ~, orang itu dilepaskan;
2. hukuman (biasanya berkaitan dengan kesalahan yang agak kecil):
~ atas murid yang datang lambat;
mendenda
1. menjatuhkan (mengenakan) denda, menghukum dengan memutuskan supaya yang bersalah membayar sejumlah wang:
mahkamah berkuasa menghukum atau ~ orang-orang yang didapati bersalah;
2. menghukum (biasanya berkaitan dengan kesalahan yang agak kecil):
ayahnya ~nya kerana kecuaiannya itu;
didenda dengan emas yang habis, dipancung dengan pedang yang hilang (peribahasa) denda pada nama sahaja, yang dikehendaki hanyalah perdamaian;
dendaan
1. hukuman berupa wang, denda:
~ hakim itu sangat berat;
2. wang yang dibayar sebagai memenuhi hukuman, wang dari denda:
tiap-tiap ~ yang dikutip dijadikan sebahagian daripada hasil negeri;
pendendaan perihal (perbuatan) mendenda.
dendalu
dedalu.
dendam
1. = ~ berahi perasaan cinta dan kasih yang amat sangat terhadap seseorang:
Si Bidin rupanya ada menaruh ~ pada Esah;
2. = ~ hati perasaan (keinginan) hendak membalas perbuatan seseorang (biasanya perbuatan jahat):
orang duduk di kampung memang tolong-menolong, tidak boleh menaruh ~;
~ benci = ~ kesumat rasa dendam dan benci yang mendalam;
membalas ~ = melepaskan ~ melakukan sesuatu yang tidak baik sebagai membalas kejahatan seseorang dan memuaskan dendam hati yang terpendam;
menaruh ~ menyimpan (memendam) perasaan ingin membalas perbuatan jahat seseorang;
rindu ~ perasaan rindu yang amat sangat;
berdendam menaruh dendam:
Karim memang sudah lama ~ hendak membinasakan Pak Sudin;
berdendam-dendaman saling menaruh dendam;
mendendam, mendendami menaruh dendam pada:
Panglima Hitam tidak berkata apa-apa sebab ianya ~ Portugis yang digelarnya lanun itu;
dendam ~ saling menaruh dendam;
dendam-mendendam saling mendendami;
mendendamkan menaruh dendam mengenai sesuatu hal (perbuatan dan sebagainya):
orang-orang itu sudah lama ~ hal orang-orang berasmara di tempat itu;
dendaman perasaan dendam:
tidak pula timbul ~ dalam hatinya terhadap orang yang mengkhianatinya;
kedendaman perasaan dendam, dendam:
~nya terhadap gadis itu makin mendalam;
pendendam (orang yang) suka berdendam, (orang yang) suka menaruh dendam:
budak itu bukan sahaja seorang yang degil tetapi juga seorang yang ~.
dendan
= dandan I & II.