demobilisasi

penamatan perkhidmatan (bagi tentera yang dikerah ketika perang);

mendemobilisasikan menghapuskan (menamatkan) pengerahan tentera, menghentikan (menamatkan perkhidmatan) tentera yang dikerah ketika perang.

demografi

kajian tentang ciri-ciri perkembangan penduduk (dari segi saiz, kepadatan, taburan, kelahiran, kematian, dan sebagainya) dalam tempoh waktu tertentu:
faktor ~ menyebabkan orang lambat-laun berusaha memperoleh kerja.

demokrasi

1. pemerintahan oleh rakyat atau wakil yang dipilih dalam pilihan raya;
~ berparlimen (perwakilan) pemerintahan demokrasi yang dijalankan secara perwakilan;

2. unit politik atau sosial yang pada dasarnya dikuasai oleh semua anggotanya;

3. keadaan sosial tanpa perbezaan keistimewaan kelas;

berdemokrasi mengamalkan atau berasaskan prinsip-prinsip demokrasi;

mendemokrasikan menjadikan berdemokrasi, menjadikan sesuatu berasaskan demokrasi;

pendemokrasian perihal (tindakan, proses, dan sebagainya) mendemokrasikan:
~ pilihan raya;
~ pendidikan
peluang mendapat pendidikan bermutu.

demokratik

1. dicirikan dengan, terbit daripada, berkaitan dengan prinsip-prinsip demokrasi;

2. menjunjung atau menyokong demokrasi atau kepentingan rakyat biasa;

mendemokratikkan menjadikan demokratik.

demonstrasi

1. penerangan, peragaan, dan lain-lain tentang cara kerja sesuatu mesin, keluaran, dan lain-lain;

2. tunjuk perasaan dengan cara berkumpul beramai-ramai, berarak, dan lain-lain:
para pelajar membuat kacau dan mengadakan ~;

berdemonstrasi menunjuk perasaan (kerana memprotes dan lain-lain);

mendemonstrasikan menunjukkan serta menerangkan cara menggunakan sesuatu (seperti mesin, alat solek, dan lain-lain) atau cara-cara melakukan sesuatu;

pendemonstrasian proses atau perbuatan mendemonstrasikan sesuatu:
~ itu memang mustahil dilakukan pada waktu ini.