[kependekan] kacung.
cungah
~ padi sejenis tumbuhan (pokok), cendera hantu, kesumba jantan, julung putih, julung rambai ayam, Ostodes macrophylla.
cungap I
[bahasa percakapan] = ~-cangip
= cungapan terngap-ngap, terengah-engah;
mencungap, tercungap-cungap bernafas kencang (melalui mulut dan hidung) kerana kepenatan dan lain-lain, terngap-ngap (susah bernafas), mengap-ngap, terengah-engah:
Tom pun tersendat-sendat nafasnya serta ~ seperti orang mengah;
Muthusami tercungap-cungap berlari keluar dari dalam belukar;
cungapan perbuatan mencungap:
~nya kedengaran cepat.
cungap II
[Selangor] sejenis sumpit daripada mengkuang atau pandan (untuk menyimpan barang-barang dapur).
cunggang
~-cunggit tidak rata (tentang jalan dan lain-lain), tinggi rendah.
cunggit
[Kedah] terangkat di bahagian hujung:
papan itu ~.
cungkil I
= pencungkil benda (seperti bilah, lidi, dan lain-lain) yang digunakan untuk mengeluarkan sesuatu dari lubang;
~ gigi bilah untuk mengeluarkan sisa makanan dan lain-lain dari gigi, korek gigi;
bercungkil
1. telah dikeluarkan dari lubang dengan penyungkil dan lain-lain
cungkil II
1. sejenis tumbuhan (pokok kecil), belakang ular, cincang, leban bunga, tumbit kayu, Allophylus ternatus;
2. sejenis tumbuhan (pokok kecil) cincang, kabau, semincang, terentang, Allophylus glaber.
cungkup
[Jawa] rumah di kuburan.
cungo
= congo.