ceret

~ budak sejenis tumbuhan (pokok), Croton argyratum;
~ hutan
sejenis tumbuhan (pokok), lidah kerbau, sembung hutan, sekaca lima, Clerodendron deflexum;
~ murai sejenis tumbuhan (pokok), Glycosmis malayana;
pokok ~ murai sejenis tumbuhan (herba), pokok genda rusa, Staurogyne setigera.

ceretek

berceretek berselerak: kadang-kadang sambil menyepak tong-tong yang ~ di jalanan, dia terfikir juga kebodohannya.

cerewet

1. banyak cakap (ada sahaja yang tidak kena), suka berleter (mencela, bersungut, dan lain-lain):
kalau sudah terlalu ~, tentulah anaknya keluar dari rumah itu;

2. berselok-belok dan memerlukan banyak kerja yang kecil-kecil (berkenaan (dengan) pekerjaan dan lain-lain), kalut, ruwet:
orang sekarang kurang membuat lemang kerana kerjanya ~ sangat;

cergas

1. bertenaga dan giat (berkenaan (dengan) orang, tubuh, otak, dan sebagainya), aktif:
Aminah kanak-kanak yang ~;

2. pantas, cepat:
mereka bergerak ~ sebaik-baik sahaja diberi perintah;

3. banyak menjalankan atau terlibat dalam kegiatan dan sebagainya, giat, aktif:
mengambil bahagian ~ dalam aktiviti sukan sekolahnya;
sebuah jawatankuasa yang ~;

4. banyak kegiatannya menjual dan membeli (berkenaan (dengan) pasaran saham);

5. (masih) mengeluarkan wap dan lahar (berkenaan (dengan) gunung berapi), aktif:
gunung berapi Etna masih ~;

mencergaskan
1. menjadikan cergas (tubuh, otak, dan sebagainya):
senaman boleh ~ otak;

2. menjadikan cergas (pantas, cepat), memantaskan, mencepatkan:
mereka ~ pergerakan kaki dan tangan dalam latihan itu;

3. menjadikan cergas (giat, aktif), menggiatkan, mengaktifkan:
~ kembali pergerakan Persatuan Belia di kampungnya;

4. menjadikan cergas (pasaran saham), membanyakkan kegiatan menjual dan membeli saham;

kecergasan
1. perihal atau keadaan cergas (tubuh, otak, dan sebagainya):
menjaga ~ fikiran dan badan setiap hari;

2. perihal cergas (pantas, cepat), kepantasan, kecepatan:
~ kanak-kanak cacat itu membuat kerja-kerja tangan mengagumkan pengunjung-pengunjung ke pusat itu;

3. perihal cergas (giat, aktif), kegiatan, keaktifan:
~nya dalam pergerakan persatuan itu mendapat perhatian pihak atasan;

4. perihal cergas (pasaran saham);

5. perihal cergas (berkenaan (dengan) gunung berapi), keaktifan.

ceri III

1. sejenis tumbuhan (pokok yang buahnya berwarna merah, kuning, atau hitam yang biasanya dimakan mentah atau diawet dan digunakan untuk membuat biskut, kek, dan sebagainya), Prunus spp.;

2. sejenis tumbuhan, kekut, kerkuk, kerkup siam, Muntingia calabura.