cela I

1. kekurangan, cacat, cedera:
tidak ada cacat ~nya sedikitpun;

2. aib, noda (berkenaan (dengan) perbuatan dan lain-lain);

3. kecaman, kritik:
puji dan ~ tidak bercerai;

bercela mempunyai cela (cacat dan lain-lain);

mencela mengecam, mengkritik (dengan memburuk-burukkan sahaja), mencaci, mencacat:
mengapa kau ~ dia?

cela-mencela saling mencela, caci-mencaci;

tercela tercacat, dapat (patut) dicela:
kelakuannya tidak ~;

celaan kecaman, kritikan (yang memburuk-burukkan sahaja), cacian;

kecelaan
1. cela, cacat, kecacatan;

2. keaiban:
mendatangkan ~ kepada keluarga;

berkecelaan bercacat, dapat (patut) dicela;

pencelaan perihal (perbuatan dan sebagainya) mencela;

pencela orang yang mencela, pengkritik (yang suka memburuk-burukkan sahaja), pencaci.

celagi

1. sejenis tumbuhan (pokok dan buahnya), asam jawa, Tamarindus indica;

2. sejenis tumbuhan (herba), Xyris anceps.

celah

1. tempat yang terluang (sela, renggang) di antara dua benda;
~ dinding tempat yang terbuka di antara dua papan pada dinding (sela-sela dinding);
~ jari ruang di antara jari (sela-sela jari);

2. sampuk, perkataan (cakap) yang menyelang atau memenggal (perkataan orang):
jemputlah minum, ~ isterinya;

3. masa terluang (antara dua pekerjaan dan lain-lain):
tak ada ~ hendak pergi ke rumahmu;

4. ruang yang terluang:
sesungguhnya dunia Islam, di ~ kelemahannya akan menjadi dunia sekular;
~ daun
sudut atas di antara daun dan dahan (ranting) tempat tumbuhnya atau di antara dahan dan batang pokok;
~ suara [Indonesia] lubang dalam halkum yang menerbitkan suara;
ditaruh di ~ gigi pun tak cukup ki sangat sedikit (berkenaan (dengan) makanan dan lain-lain);

mencelah
1. masuk di celah (orang dan lain-lain), berada di celah-celah:
perempuan itu ~ di antara kedua-dua anaknya yang sedang berkelahi itu;

2. memotong cakap orang, menyampuk:
belum sempat saya menghabiskan perkataan saya, dia pun ~;
saya tidak mahu ~ kata-katanya;

3. mulai masak dengan perubahan warna sedikit-sedikit tetapi belum merata (berkenaan (dengan) buah-buahan seperti rambutan, langsat dan duku);

mencelah-celah masuk melalui celah-celah (orang ramai dan sebagainya).

celak II

habuk hitam (biru) untuk mewarnai kening (bulu mata, keliling mata):
~ mata;
pensel ~
sejenis pensel untuk mewarnai kening dan keliling mata;

bercelak memakai celak;

mencelak, mencelaki menghitamkan kening (bulu mata, keliling mata) dengan celak.