pondok kecil tempat pemburu mengintai buruannya.
bumbun II
[Minangkabau] rimbun, rendah.
bumbun III
[Minangkabau] longgok (padi, tanah, dan lain-lain);
membumbun melonggokkan (padi, tanah, dan lain-lain), menimbun, menumpukkan.
bumbunan
ubun-ubun.
bumbung I
= bumbungan bahagian atas sebelah luar rumah, kereta, dan sebagainya yang menahan hujan dan cahaya matahari daripada masuk ke dalam, atap;
~ limas bumbung yang berbentuk piramid;
harga ~ (Ekonomi) harga maksimum sesuatu barangan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa;
kuda-kuda ~ kayu penyangga balak bumbungan;
tulang ~ balak yang memanjang di puncak rumah;
membumbung naik ke atas, mengepul ke atas (asap dan lain-lain), meninggi:
asap naik ~ tinggi;
khayalanmu dapat ~ setinggi langit.
bumbung II
tabung (buluh), pembuluh.
bumerang
sekeping kayu leper dan bengkok yang digunakan oleh penduduk asli Australia sebagai senjata perburuan.
bumi
1. planet tempat kita tinggal, yang ketiga jauhnya dari matahari, dunia:
edaran ~ yang mengakibatkan angin tergelencong;
bulan mengedari ~;
2. permukaan bumi, tanah:
mereka hidup di ~ Melaka;~ berputar, zaman beredar
a) masa berjalan terus;
b) keadaan selalu berubah menurut masa;
B~ Kenyalang panggilan bagi negeri Sarawak;
ilmu ~ [Indonesia] ilmu alam;
di mana ~ dipijak, di situ langit dijunjung (peribahasa) mematuhi peraturan dan lain-lain tempat yang didiami;
~ mana yang tiada kena hujan (peribahasa) manusia mana yang tiada membuat kesilapan (kesalahan);
bagai ~ dengan langit (peribahasa) sangat berbeza (tabiat dan lain-lain);
biar pecah perut, ~ merekah (peribahasa) menyatakan tidak mahu melakukan sesuatu;
jadi ~ langit (peribahasa) orang yang diharapkan pertolongannya dan dituruti nasihatnya;
sebesar-besar ~, ditampar tak kena (peribahasa) betapa mudah nampaknya sesuatu perkara, tetapi tiada teruruskan juga;
membumi [arkaik] mendiami salah satu tempat;
membumikan (Fizik) memasukkan (dawai elektrik dan lain-lain) ke dalam bumi;
mengebumikan menanam, menguburkan:
jenazahnya telah selamat dikebumikan sebelum sembahyang Jumaat;
pengebumian perihal atau perbuatan mengebumikan, penguburan.
bumi hangus
pemusnahan segala yang berguna bagi musuh;
membumihanguskan menjadikan bumi hangus, memusnahkan hingga tidak dapat dipakai oleh musuh.
bumiputera
anak negeri, peribumi;
membumiputerakan menjadikan sesuatu bersifat, milik dan sebagainya bumiputera, memperibumikan:
ada saranan untuk ~ beberapa syarikat asing yang beroperasi di negara ini;
kebumiputeraan perihal bumiputera,yang berkaitan dengan sifat-sifat bumiputera, keperibumian.