bujang I

1. tidak beristeri, tidak (belum) bersuami:
sahabat-sahabat lelaki yang masih ~ lagi menghadiahkan sebuah puan kepadanya;

2. orang (laki-laki atau perempuan) yang sudah dewasa (sudah boleh berkahwin):
di mana ~ yang tadi itu;

3. janda (perempuan);
~ jalang perempuan jalang;
~ bercerai janda yang diceraikan suaminya;
~ talang janda yang tidak mempunyai anak;

4. pelayan, pembantu rumah, jongos:
lampu minyak tanah sudah lama dipasang oleh ~nya;

5. [kiasan] tidak berkawan, bersendirian;
katil ~ katil untuk satu orang;
kopi (air) ~ kopi (air) sahaja (tidak bersama kuih dan lain-lain);

6. [bahasa kasar] kemaluan laki-laki;
~ dan khunsa jenis pokok yang bunga jantan dan bunga khunsanya terdapat pada pokok yang berlainan;
~ serta khunsa jenis pokok yang bunga jantan dan bunga khunsanya terdapat pada pokok yang sama;
~ sabilillah [sastera lama] tentera dalam perang suci;
bak ~ jolong berkeris (bersubang) (peribahasa) orang yang sombong kerana kekayaan (kebahagiaan) yang baru diperoleh;
bak ~ setahun sudah betetak, bak gadis setahun sudah memanjangkan gombak (peribahasa) orang yang menjadi sombong kerana mendapat kekayaan (kemuliaan);

membujang
1. hidup dengan tidak (belum) berkahwin:
hidup ~ takkan semuanya lengkap;

2. bekerja sebagai bujang (pembantu rumah):
ia ~ kepada orang kaya;

3. [Kelantan] bersetubuh dengan pelacur;

pembujangan perihal membujang, hidup membujang:
dalam Islam, tidak digalakkan ~.

bujang II

pebujangan, pembujangan, perbujangan ;

balai perbujangan sejenis balai di istana;
jong ~ sejenis jong kerajaan;
pedang perbujangan sejenis pedang kerajaan Perak.

bujangga

1. = bujanggi [sastera lama] orang yang pandai, cerdik pandai;

2. [sastera lama] pendeta, pertapa:
jogi berhaman ~;

3. sasterawan, pengarang sajak (syair dan lain-lain):
dan dialah yang menjadi kidung bagi segala dalang dan ~;

pujangga.

bujuk I

= bujukan pujuk;

membujuk memujuk;

terbujuk terpengaruh dengan pujuk rayu dan kata-kata manis:
semuanya telah dibebaskan sebelum sultan itu cukup ~ untuk berangkat pulang;

pembujukan pemujukan:
teknik-teknik ~ diplomasi;

pembujuk orang yang membujuk;

= pujuk.

bujuk II

sejenis ikan darat, Channa lucius;
seperti ~ lepas daripada bubu
(peribahasa) dengan cepat menghilang sesudah terlepas sengsara.

bujur I

1. = ~ telur = bulat ~ mempunyai bentuk seperti bentuk telur ayam,lonjong:
mengapa raga ini ~ ?;
muka ~;
segi empat ~
(Matematik) rajah segi empat yang mempunyai empat sudut tepat;

2. panjang (bidang, bongkah, dan lain-lain):
lipat tepi lintang kain dahulu, kemudian tepi ~ kain supaya rata;
ruang tamu itu ~nya 6.7 meter dan lebarnya 4.5 meter;
~ sangkar
[Indonesia]
a) empat persegi tepat;
b) persegi;
10 meter ~ sangkar 10 meter persegi;
~ sirih bulat memanjang (seperti daun sirih);
~ songsang bulat melebar, lawan bujur sirih;
~ telur = bulat ~ bulat panjang (seperti telur), lonjong, penjong;
~ lalu, lintang patah (peribahasa) mengerjakan sesuatu haruslah menurut aturannya;

membujur
1. terletak memanjang:
banjaran gunung itu ~ dari utara ke selatan Tanah Melayu;
mayat itu ~ kaku;

2. mengikut panjang atau memanjang:
potong melintang atau ~;
~ jari
menyambung tangan dengan mempertemukan hujung jari;

membujurkan meletakkan mengikut panjang atau secara memanjang:
mereka ~ mayat itu ke arah kiblat;

terbujur terletak (terbaring) membujur;
~ lalu, terlintang patah (peribahasa) perintah yang tidak dapat dialang-alang (terpaksa diturut).