~ anjing sejenis tumbuhan (pokok), menserah putih, Homalium caryophyllaceum.
ais
air yang dibekukan, air batu;
~ kering sejenis bahan pendingin makanan yang dibuat dengan menyejatkan karbon dioksida cecair dengan cepat.
aisberg
(Geografi) bongkah ais yang sangat besar yang hanyut terapung-apung di dalam laut.
aising
campuran gula dengan mentega serta putih telur dan lain-lain, yang digunakan untuk menghiasi atau menyalut kuih (untuk menyedapkan lagi rasanya);
beraising dibubuhi aising, bersalut dengan aising;
mengaising membubuh (menyalut, menghias, dan sebagainya dengan) aising (pada kek dan sebagainya);
pengaisingan perihal mengaising (kek dan sebagainya).
aiskrim
sejenis penganan manis yang sejuk (dibuat daripada campuran berbagai-bagai bahan dan dibekukan).
aiwan
(Parsi) [sastera lama] balai tempat menghadap.
aiya
[bahasa percakapan] kata untuk menyatakan rasa tidak setuju, keberatan, dan sebagainya.
aja I
[bahasa percakapan] [kependekan] sahaja:
dia gila joget ~.
aja II
sebutan bagi puteri bangsawan (Deli).
ajab
[Arab] [sastera lama] hairan.