zakar

[Arab] kemaluan laki-laki, pelir;
buah ~ buah pelir;
anak buah ~ saluran panjang yang bergulung-gulung pada permukaan belakang buah zakar tempat spermatozoa disimpan.

zakat

[Arab] rukun Islam yang keempat yang mewajibkan seseorang Islam mengeluarkan sebahagian daripada hartanya kepada orang yang berhak menerimanya (seperti fakir miskin), mengikut syarat-syarat yang ditentukan;
~ fitrah = ~ badan zakat yang wajib dibayar oleh tiap-tiap orang Islam setahun sekali (pada bulan Ramadan sehingga sebelum sembahyang Hari Raya Puasa);
~ harta zakat yang diwajibkan ke atas harta benda, iaitu emas, perak, wang simpanan, ternakan, tanaman dan perniagaan yang cukup nisab dan haul;
~ pendapatan zakat yang diwajibkan ke atas pendapatan seseorang pada kadar 2.5% setelah cukup nisab dan haulnya;
~ rikaz zakat yang dikenakan ke atas harta terpendam termasuk bahan galian;

berzakat membayar (memberi) zakat;

menzakatkan mengeluarkan zakat bagi (harta dan sebagainya):
~ hartanya.

zakum

[Arab]

1. pokok yang buahnya menjadi makanan penghuni neraka yang disifatkan oleh Allah sebagai pokok yang terkutuk;

2. sejenis pokok yang pahit dan busuk buahnya yang terdapat di Semenanjung Arab.

zal

1. huruf kesembilan abjad Arab (mempunyai nilai 700);

2. huruf ke-10 abjad Jawi.

zalim

tidak berperikemanusiaan, tidak adil, bengis, kejam:
raja adil raja disembah, raja ~ raja disanggah;

menzalimi, menzalimkan [arkaik] berbuat sewenang-wenang (kepada), menganiaya, menindas:
suaminya benar-benar ~nya;

terzalim dizalimi:
umat Islam yang teraniaya dan ~;

kezaliman perihal (keadaan) zalim, perbuatan yang tidak adil, kebengisan:
kekejaman dan ~ itu sebenarnya tidak ada jika tidak manusia sendiri mengadakannya;

penzaliman perbuatan menzalimi.

zaman

1. jangka masa (sama ada panjang atau pendek), tempoh atau jangka masa tertentu (yang ada sesuatu keistimewaannya atau pertaliannya), masa:
~ pemerintahan British di Malaya;
akhir ~
penghabisan masa kehidupan manusia di dunia ini;
ketinggalan ~ sudah tidak sesuai lagi dengan keadaan;
meninggalkan ~ [sastera lama] mati;

2. kala, ketika, waktu:
semenjak ~ Hamzah Fansuri hingga membawa kepada kurun ke-20, bentuk syair tetap tidak berubah;

3. = umur ~ ark umur;
~ atom masa orang menggunakan tenaga atom untuk bermacam-macam keperluan atau tujuan;
~ air batu = ~ ais masa ketika air batu menutupi hampir seluruh kawasan muka bumi yang terletak di utara garisan khatulistiwa;
~ bahari (kawi, kuno) masa yang telah lama, lampau atau berlalu, dahulukala;
~ batu zaman ketika manusia menggunakan batu sebagai senjata atau alat;
~ dahulu (jangka) masa yang telah lama berlalu, dahulukala, masa lampau;
~ depan (muka) masa yang akan datang;
~ gangsa = ~ perunggu zaman selepas zaman batu (pada masa senjata dan lain-lain dibuat daripada gangsa);
~ gemilang masa yang makmur, masa terdapatnya kemajuan yang luar biasa (dan kemakmuran);
~ gerhana = ~ malap ki tempoh masa kurang berhasil (perniagaan, penulisan, dan sebagainya);
~ jahiliah masa sebelum lahir agama Islam (di negeri Arab);
~ meleset masa susah (barang-barang dagangan tidak laku dan sebagainya);
~ pendudukan masa sesebuah negara diduduki oleh tentera asing;
~ pertengahan zaman antara zaman purbakala dengan zaman baru (dalam sejarah Eropah);
~ puntung berasap zaman kuno;
~ purbakala zaman dahulukala;
~ sekarang (pada) masa sekarang ini;
~ beralih, musim bertukar (peribahasa) sesuatu itu tidak tetap (sentiasa berubah-ubah);

sezaman pada zaman yang sama;

berzaman-zaman, berzaman (meliputi jangka masa yang) sangat lama;

zaman-berzaman (berterusan, berpanjangan) dari suatu zaman ke suatu zaman, sepanjang atau untuk jangka masa yang sangat lama:
motif Islam yang telah wujud ~, iaitu geometri;
banyak negara lain yang telah lama menjalankan usaha demikian ~;

penzamanan perbuatan (proses) membahagikan sejarah kepada beberapa zaman;