wira

[sastera lama] pahlawan, lelaki;

kewiraan sifat-sifat sebagai seorang wira:
ternyata bahawa ~ Benjamin tidak sama dengan ~ Ratu Bongsu.

wiraswasta

orang yang bijak dan berkebolehan dalam mengusahakan aktiviti perniagaan atau perdagangan secara profesional, seperti mengenal pasti, menentukan keluaran baru, dan sebagainya:
usahawan Melayu bukan sebagai kapitalis yang berwatak binatang ekonomi, tetapi sebagai ~ Muslim yang terikat dengan norma dan etika agamanya.

wirawan

[sastera lama] gagah berani, gagah perkasa:
kenapakah kamu menanyakan yang serupa itu, wahai anak muda yang ~?

wirawati

perempuan yang gagah berani (gagah perkasa):
Florence kini muncul sebagai ~ olahraga Amerika Syarikat bagi era 1988.

wirid

[Arab]

1. petikan daripada Quran yang ditentukan untuk dibaca (dipelajari dan lain-lain);

2. zikir yang dibaca selepas sembahyang;

berwirid membaca wirid, berzikir:
lepas sembahyang, mereka ~ membilang tasbih.

wiru

[Jawa] lipatan (pada kain dan lain-lain);

berwiru-wiru berlipat-lipatan (kain dan lain-lain).