UPM

[kependekan] Universiti Putra Malaysia (dahulunya Universiti Pertanian Malaysia).

UPSI

akronim bagi Universiti Pendidikan Sultan Idris (dahulunya Maktab Perguruan Sultan Idris).

ura-ura

1. [sastera lama] mesyuarat, perbincangan, perundingan, pembicaraan;

2. cadangan, usul:
ada ~ persatuan itu mahu menubuhkan kedai syarikat kerjasama;

berura-ura
1. [sastera lama] bermesyuarat, berbincang, berunding;

2. merancang-rancang, bercadang, bermaksud, bertujuan:
pernah juga dia ~ hendak menulis cerita berdasarkan percintaan guru sama guru;
negara-negara di rantau ini tidak ~ hendak menubuhkan pakatan tentera;

mengura-urakan
1. = memperura-urakan membicarakan, membincangkan:
akan pekerjaan ini jangan kita perura-urakan kerana rakyat yang mengeliling kota ini suka juga;

2. merancang-rancangkan, mencadangkan, mengusulkan:
persidangan itu diura-urakan oleh Parti Rakyat.

urah

[Minangkabau];

mengurah
1. meruntuhkan (merombak, membongkar) timbunan dan lain-lain;

2. membuka ikatan dan lain-lain, menguraikan;

3. menceritakan sesuatu, mengisahkan, meriwayatkan.

urai

1. tidak pukal atau padat, berbutir-butir;
emas ~ emas yang berbutir-butir halus;

2. lepas terbuka, tidak terikat (bersimpul, bertaut, dan sebagainya), bercerai-cerai;
ilmu ~ [Indonesia] kaji bina tubuh, anatomi;

berurai
1. (menjadi, dalam keadaan) lepas terbuka (tidak bersimpul, berjalinan, dan sebagainya), bercerai-cerai;

2. = beruraian berderai-derai, bercucuran:
~ air matanya;
keringatnya beruraian;

mengurai
1. menjadi lepas terbuka (tidak bersimpul atau terikat dan sebagainya), berurai, menghurai;

2. (menjadi) mekar terbuka:
rambut yang ~;
mayang ~;

3. = menguraikan;

menguraikan
1. membuka simpul (tali, ikatan, bungkusan, dan sebagainya), menghuraikan;

2. menceraikan atau memutuskan (hubungan, ikatan, dan sebagainya);
~ janji membatalkan janji (perjanjian);
~ nikah [Minangkabau] menceraikan isteri;

3. memecahkan kepada unsur atau juzuk yang menjadi bahagian-bahagian sesuatu (seperti sebatian dan lain-lain):
air boleh diuraikan menjadi hidrogen dan oksigen;

terurai
1. sudah diuraikan (ikatan, rambut, dan lain-lain), terhurai;

2. sudah diceraikan (hubungan, ikatan, dan sebagainya):
ikatan janji setia yang tersimpul dengan teguh dan tidak akan ~;

3. sudah dipecahkan kepada atau pecah menjadi unsur-unsur atau bahagian-bahagiannya (yang kecil-kecil);

penguraian perihal menguraikan, perbuatan dan sebagainya memecahkan kepada unsur-unsur dan sebagainya sesuatu;

hurai.