[sastera lama] penolong (naib, timbalan) duta besar.
upah
wang dan lain-lain yang diberikan kepada orang yang disuruh mengerjakan sesuatu, bayaran sebagai pembalas jasa, ganjaran untuk tenaga orang yang telah digunakan:
aku diberi ~ seringgit untuk mengangkat beg;
~ bidan upah yang diberikan kepada bidan;
makan (mengambil) ~
a) bekerja dengan mendapat upah;
b) menerima upah kerana mengerjakan sesuatu;
c) [kiasan] menerima rasuah, makan suap;
berupah (melakukan sesuatu) dengan mendapat upah, menerima upah, dengan upah:
dia sendiri juga membawa makanan dan segala perkakas itu dengan tiada ~;
mengupah menyuruh membuat sesuatu pekerjaan dengan membayar upah, menyuruh bekerja dengan memberi upah:
maka datanglah mereka itu ke rumah nenekku ~ menulis Quran;
mengupahi membayar upah kepada:
mereka telah diupahi membakar rumah itu;
mengupahkan menyuruh orang mengerjakan sesuatu dengan membayar upah:
kpada siapa engkau upahkan menjahit baju engkau?
upahan
1. = orang ~ orang yang bekerja dengan mendapat upah, orang gaji;
2. orang yang diupah;
askar (tentera) ~ askar yang berkhidmat kerana upah;
3. upah;
pengupah orang yang memberi upah:
maka kuranglah ~ di dalam negeri itu dan jadi piciklah rezekinya.
upak
[arkaik];
mengupak
1. menyalakan kembali api yang hampir padam, memarakkan api;
2. [kiasan] membangkitkan kemarahan, menghasut.
upam
mengupam menjadikan berkilat (emas dan lain-lain), menggilapkan, mengilatkan, mengilaukan:
Seri Bija Diraja juga yang tiada bergerak dari tempatnya, duduk ~ hulu kerisnya;
terupam sudah diupam, berkilat:
pada lehernya penuh genta daripada suasa yang ~;
upaman
1. yang sudah diupam, barang yang diupam;
2. cara mengupam;
pengupam
1. alat yang digunakan untuk mengupam;
2. orang yang mengupam.
upan
sejenis burung, serai-serai, Melanochlora sultanea flavocristata.
upar
mengupar, menguparkan menggenteli dengan telapak tangan.
upas I
racun yang berasal daripada pokok (ipuh dan lain-lain);
pohon ~ sejenis tumbuhan (pokok yang menghasilkan racun), Antiaris toxicaria;
makan ~ berulam racun (peribahasa) sentiasa hidup dalam kesusahan.
upas II
opas.
upat I
umpat I.
upat II
sejenis tumbuhan (rumpai), kerunung padi, metubung, telur ikan, Panicum repens (trigonum).