umph

[bahasa percakapan] rasa ghairah (bertenaga, hebat, menarik dan sebagainya):
merekakatamereka suka watak itu dan mereka rasa ada ~!;
kopi yang dibancuhnya itu tak ada ~!

umpil

mengumpil
1. mengangkat (mengalih, menggerakkan, dan lain-lain) benda berat dengan menggunakan tuas dan sebagainya, mengungkil, menuil;

2. menanggalkan (mencabut dan sebagainya) sesuatu yang terlekat atau tertutup rapat dengan tuil dan sebagainya:
kerja ~ tutup tong yang rapat itu tidak juga berhenti-henti;

3. mengayuh dengan dayung yang dilekatkan pada bibir perahu dan lain-lain (seolah-olah mengungkit air):
keenam-enam orang itu masuk ke dalam kolek dan sesaat lagi kedengaranlah bunyi orang ~ dan berdayung;

pengumpil alat untuk mengumpil, tuil, tuas.

umpuk

1. [Minangkabau] longgok, timbun, tompok;

2. [Kedah], [Pulau Pinang] bahagian (habuan) seseorang (berkenaan (dengan) kerja dan lain-lain);

berumpuk berlonggok, bertimbun, bertompok;

mengumpukkan
1. meletakkan berumpuk, melonggokkan, menimbunkan, mengumpulkan:
banyak daripada wang itu diumpukkan untuk membuat rumah dan lain-lain;

2. menguntukkan, membahagikan.

umrah

[Arab] ibadat yang mengandungi beberapa perbuatan (ihram, tawaf, sai, dan tahalul) tanpa wukuf dan wajib-wajib haji, haji kecil;

berumrah mengerjakan umrah:
~ ke Mekah.

umu

akar ~ sejenis tumbuhan (pokok memanjat), ara nasi, Concephalus scortechinii.

umum I

1. secara keseluruhan (tidak pada atau mengenai yang tertentu sahaja), bersifat menyeluruh, mengenai keseluruhan sesuatu, lawan khusus (khas):
perbualan kami bersifat ~ belaka;
penjelasan emaknya itu terlalu ~ dan tidak dapat meredakan kegelisahannya;
pemandangan ~
pemandangan mengenai keseluruhan soal;
pada ~nya pada keseluruhannya, ghalibnya, kebiasaannya;

2. khalayak ramai, orang banyak (bukan orang atau golongan tertentu sahaja):
sebagaimana yang diketahui ~, di negeri ini cuma ada empat buah akhbar yang menyebarkan siarannya dalam Bahasa Kebangsaan;
kepentingan ~
kepentingan orang banyak, kepentingan semua orang (tidak terbatas kepada orang atau golongan tertentu);
rapat ~ rapat untuk orang ramai;

3. berkaitan dengan orang ramai, untuk orang ramai;
pilihanraya ~ pemilihan (dengan cara mengundi) yang dilakukan oleh semua orang;
rumah sakit ~ rumah sakit untuk sekalian orang (bukan untuk orang tertentu sahaja);

4. sudah diketahui oleh orang banyak, bukan merupakan rahsia lagi, sudah tersiar ke mana-mana:
cerita itu sudah ~, tidak perlu diceritakan lagi;

5. biasa terdapat (digunakan dan lain-lain) di mana-mana, sudah lazim, tidak asing lagi:
sudah banyak perkataan Indonesia yang ~ dipakai di sini;

seumumnya
1. sekaliannya, seluruhnya, semuanya:
pendeknya perkara-perkara yang bersangkut-paut dengan kepentingan kebangsaan ~ diserahkan kepada kerajaan pusat; ketenteraman yang amat dihajati oleh manusia ~;

2. pada kebiasaannya, pada lazimnya, pada umumnya;

mengumumkan
1. memberitahu kepada orang ramai, memaklumkan, menyerantakan:
beliau ~ hari ini bahawa pelajaran sains akan diadakan menerusi televisyen;

2. menyiarkan (dalam akhbar dan lain-lain), menyebarkan:
keputusan-keputusan lengkap peperiksaan akan diumumkan dalam akhbar-akhbar tempatan;

3. menjadikan umum, menjadikan tersebar di merata-rata tempat, melazimkan;

keumuman perihal (sifat dan sebagainya) umum, sifat menyeluruh (tidak khusus kepada sesuatu):
~ dan kekhususan tiap-tiap satu kemahiran itu tidak sama;
~ fasal-fasal yang terkandung dalam syarat-syarat dan peraturan-peraturan itu;

pengumuman
1. perihal (perbuatan dan sebagainya) mengumumkan, pemberitahuan kepada orang ramai, pemakluman:
kerajaan dijangka akan membuat ~ mengenai pelantikan itu tidak berapa lama lagi;

2. yang diumumkan:
~ dalam akhbar itu ringkas sahaja.