umbut I

pangkal pucuk batang pokok palma (kelapa, pinang, dan lain-lain) yang lembut dan boleh dimakan:
mencari ~ untuk dimakan;
cari ~ kena buku
(peribahasa) mencari yang baik, mendapat yang buruk;
mencari ~ dalam batu (peribahasa) membuat pekerjaan yang sia-sia;

mengumbut mencari (mengambil) umbut (daripada pohon kelapa, enau, dan lain-lain).

umbut II

mengumbut
1. menarik kembali (tali yang dihulurkan dan lain-lain), membongkar (sauh):
maka jurubatu pun ~ sauh langsung berdayung;

2. mencabut;
~ hati mengambil hati;
~ nyawa mencabut nyawa, membunuh.

ummah

[Arab] umat (biasanya dimaksudkan umat Islam):
sistem dan ideologi sekular mesti terjadi bukan sahaja dalam diri individu tetapi juga di kalangan ~ kerana Islam tidak mengiktiraf pemisahan kehidupan agama daripada kehidupan sekular.