ulung II

1. (yang) telah lama melakukan sesuatu (pekerjaan dan lain-lain), telah lama berkhidmat (berbakti):
Allahyarham Tun Razak negarawan ~ ;

2. = terulung banyak pengalamannya, cekap, mahir, pandai, terbaik:
beliau seorang tokoh kebangsaan yang ~, anak Melayu yang disegani, dan disanjung tinggi;
projek ini adalah langkah ~ yang amat membanggakan;

3. cerdik lagi sangat licin (berkenaan (dengan) pencuri dan lain-lain), banyak tipu muslihatnya, pintar:
beliau dianggap sebagai ejen mereka yang ~ dan dipercayai sepenuhnya dapat melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan;

keulungan perihal ulung, kebijaksanaan, kecerdikan, kepintaran:
~nya terletak pada ketajaman penanya dalam berpolemik.

uman

[Jawa] [arkaik];

menguman, menguman-uman mengata-ngatai, mencerca, mengumpat.

umang-umang

1. sejenis ketam laut yang kecil (umumnya bersarang di kulit siput);

2. [kiasan] orang yang suka bergaya atau berlagak dengan pakaian orang lain;
bagai ~ (peribahasa) orang yang berlagak dengan pakaian yang dipinjam;
laksana bintang ~, di mana sarang udang, di situ tempat menumpang (peribahasa) perihal kemiskinan seseorang yang bergantung hidup pada orang lain;
sarang unam dimasuki ketam menjadi ~ (peribahasa)
a) orang yang menyamar kerana sesuatu muslihat;
b) barang yang sama jika berlainan keadaannya maka berlainanlah pula namanya.