ultraungu.
ultramoden
terlalu moden.
ultrasonik
berkaitan dengan atau menghasilkan gelombang yang sama sifatnya dengan gelombang bunyi tetapi frekuensinya lebih daripada frekuensi audio.
ultrasonografi
(Perubatan) penggambaran struktur dalaman tubuh dengan menggunakan pantulan gelombang ultrabunyi.
ultraungu
lingkungan spektrum elektromagnet yang terbentuk antara gelombang 10 hingga 380 nm (lebih pendek daripada gelombang cahaya tetapi lebih panjang daripada gelombang sinar-X).
uluh
~ ulai sejenis tumbuhan (pokok), celeguri, lampin budak, seleguri, tudung roman, Clerodendron disparifolium.
uluh-uluh
sejenis tumbuhan (pokok), Diplospora malaccense.
ululazmi
[Arab] yang memiliki keteguhan hati (iaitu gelaran yang diberikan kepada Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad SAW kerana paling banyak mengalami penderitaan dan ujian dalam berdakwah, namun begitu mereka telah menghadapinya dengan penuh ketabahan dan kesabaran).
ulun
[sastera lama] hamba, abdi, sahaya.
ulung I
[bahasa percakapan] sulung.