ugut

mengugut menakut-nakuntukan (supaya melakukan atau mematuhi sesuatu), mengancam:
kami datang ini kerana kewajiban, bukan ~, bukan menakut-nakuntukan kakak;

ugut-mengugut saling mengugut antara satu sama lain:
pihak yang berbalah sering ~ untuk mempertahankan kebenaran masing-masing;

ugutan kata-kata dan sebagainya yang bertujuan untuk menakut-nakuntukan (supaya melakukan atau mematuhi sesuatu), ancaman:
jangan-jangan ini surat ~;

pengugut orang yang mengugut, pengancam.

uik

menguik, menguik-uik mengeluarkan bunyi wek wek seperti itik dan lain-lain.

uir-uir

sejenis serangga seperti belalang atau cengkerik yang berbunyi nyaring (suka hinggap di pokok-pokok kayu);
~ minta getah (peribahasa)
a) mencari-cari;
b) perempuan yang suka menarik perhatian laki-laki.

uit

menguit menggerakkan sedikit (dari tempat asalnya), mencungkil, mengumpil;

teruit dapat diubah (digerakkan dan sebagainya);
tidak ~ hatinya tidak dapat diubah hatinya.

UiTM

[kependekan] Universiti Teknologi Mara (dahulunya Institut Teknologi Mara).

uja

menguja
1. menaikkan semangat (ayam dan lain-lain) supaya menyerang lawan, memberangsangkan, menggalakkan:
maka Awang Sulung pun menurunkan pertaruhannya dan ayam pun lalu diujanya;

2. [kiasan] membangkitkan hati orang supaya marah dan lain-lain, memberangsangkan, memberanikan, menghasut;
sungguh diuja, dipegang ekor (peribahasa) walaupun diberi kebebasan tetapi ada juga hadnya;

teruja timbul minat (keinginan dan sebagainya) yang kuat terhadap sesuatu, naik semangat, terangsang:
Saya berasa seronok dan ~, kata seorang pemuda yang menyertai tunjuk perasaan itu;

keterujaan perihal (keadaan, sifat dan sebagainya) teruja:
program yang bermanfaat itu mewujudkan ~ di kalangan remaja supaya mereka mahu menyertainya;

= oja.