tubruk

[Indonesia]

1. lompatan untuk menerkam (menangkap dan lain-lain), terpa;

2. langgar, tabrak, tumbuk;
main ~ [bahasa percakapan] menangkap (menuduh, menerka, dan lain-lain) dengan membabi buta;
tabrak-~ berbagai-bagai jenis pelanggaran kereta dan lain-lain;

bertubrukan
1. saling berlanggar, berlanggaran;

2. [kiasan] tidak secocok, saling bertentangan;

menubruk
1. melompat untuk menangkap (menerkam dan lain-lain), menerpa:
ditubruknya orang tua yang sudah lama dirinduinya itu;

2. melanggar, menumbuk:
perahu motor kami hampir terbalik kerana ~ pulau karang yang rendah;

3. [bahasa percakapan] menangkap (pencuri), memberkas:
kepala perompak itu sudah ditubruk oleh polis;

tertubruk, ketubruk [Jakarta] terlanggar (oleh kereta dan lain-lain), tertumbuk;

tubrukan
1. pelanggaran (kereta dan lain-lain), langgaran, tumbukan;

2. = bertubrukan berlanggaran, bertabrakan, bertumbukan:
mobil ~ dan hancur, aku dapat celaka enteng.

tubuh

1. = ~ badan keseluruhan jasad manusia atau binatang yang kelihatan (terdiri daripada kepala, badan dan anggota):
makanan yang banyak mengandungi zat perlu untuk membina dan menjaga kesihatan ~;
direbahkan ~nya;
bekas ~
pakaian yang sudah dipakai;

2. badan sahaja (tidak termasuk kepala dan anggota):
peluru itu kena ~nya terus ke jantung;
berpeluk (memeluk) ~ ;
batang ~

a) = tubuh badan keseluruhan jasad;
b) badan sahaja (tidak termasuk kepala dan anggota);
c) diri (sendiri);

3. = batang ~ diri (sendiri), peribadi;
tuan ~ tuan sendiri (bukan wakil dan lain-lain);

4. bahagian sesuatu yang terpenting, awak:
~ perahu;
~ kapal terbang;

5. [arkaik] = pertubuhan; 6. jisim, jasad benda;
~ halus roh, jiwa (lw jasad);
~ kasar jasad;
tolak tangan berayun kaki peluk ~ mengajar diri (peribahasa) membuang kehidupan yang senang-lenang;

setubuh
1. satu badan, sebadan;

2. [arkaik] secocok, sejodoh benar, seia sekata;

3. = persetubuhan seketiduran, jimak, sanggama;

bersetubuh melakukan perhubungan jenis, berjimak, bersanggama, berseketiduran;

menyetubuhi melakukan perhubungan jenis (hubungan seks) dengan, menjimak, meniduri;

bertubuh [bahasa percakapan] berbadan sihat, gemuk, tambun:
anak dia itu ~ benar;

menubuhkan
1. mendirikan (persatuan dan lain-lain), membentuk (jawatankuasa, badan, dan lain-lain):
beliau berazam hendak ~ sebuah Bank Rakyat pada tahun hadapan;

2. mewujudkan, mengadakan, menjelmakan, menyatukan (dengan):
bagi keperluan mereka yang tidak mampu membeli buku saya mengesyorkan kerajaan ~ perpustakaan di kampung-kampung dan di pekan-pekan kecil;

tertubuh sudah ditubuhkan (diwujudkan dan lain-lain), terwujud, terbentuk:
dengan ~nya Universiti Kebangsaan maka kesempatan untuk mengecap pelajaran tinggi terbuka lebih luas kepada rakyat bumiputera;

pertubuhan badan yang ditubuhkan untuk mengerjakan (menjalankan) sesuatu, lembaga, organisasi, persatuan:

P~ Bangsa-Bangsa Bersatu badan antarabangsa yang bertujuan menegakkan keamanan dan keselamatan dunia;
~ bukan kerajaan badan atau pertubuhan sukarela yang bergiat dalam bidang sosial, ekonomi, kebudayaan dan sebagainya dengan matlamat dan fungsinya yang tertentu;
~ sukarela pertubuhan yang diwujudkan dengan kehendak atau kerelaan anggota-anggotanya untuk berkhidmat kepada masyarakat (bukan kerana mata pencarian atau untuk memperoleh keuntungan dan sebagainya);

penubuhan perihal menubuhkan (syarikat, persatuan, dan lain-lain):
~ syarikat ini memberi peluang kepada orang Melayu untuk memiliki rumah sendiri melalui syarikat ini.

tuding I

1. tidak mendatar atau lurus tegak (menikam, menombak, dan lain-lain), senget ke bawah, condong, miring;

2. meruncing dan tajam, lancip (bentuk mata pisau, mata pedang, dan lain-lain);

tubing I.

tuduh

menuduh
1. menunjuk dan mengatakan seseorang melakukan kejahatan (kecurangan dan lain-lain):
kitalah yang berdosa kerana ~ dia melakukan perkara yang bukan-bukan;

2. mengatakan seseorang itu melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang, mendakwa:
beliau ~ bahawa Datuk Bendahara itu telah menggunakan wang kerajaan untuk mengadakan beberapa tunjuk perasaan antikerajaan;

tuduh-menuduh saling menuduh (menyalahkan satu sama lain):
mereka ~ sesama sendiri;

menuduhkan melemparkan dakwaan kepada, mendakwakan:
beliau telah menyangkal keras segala yang dituduhkan kepadanya itu;

tertuduh sudah (telah) dituduh, terdakwa:
dia ditangkap bukan kerana mencuri atau menipu tetapi kerana ~ membantu musuh dalam masa negeri kita diduduki oleh Jepun;
yang ~
orang yang dituduh (didakwa);

tuduhan hasil menuduh, hal yang dituduhkan, dakwaan:
fitnah dan ~ kotor begitu mudah dihambur-hamburkan;

pertuduhan kenyataan yang menuduh atau mendakwa seseorang yang disyaki melakukan sesuatu kesalahan atau jenayah dan sedang menjalani perbicaraan di mahkamah:
beliau kini sedang menghadapi lima ~ rasuah;
mereka mengaku tidak bersalah apabila kertas ~ dibacakan di hadapan hakim;

penuduh orang yang menuduh, pendakwa.

tudung I

sesuatu yang digunakan untuk menutup bahagian sebelah atas (kepala, lubang, dan lain-lain), tutup, penutup:
maka tuan puteri pun segeralah menarik ~ ke atas hulunya berselubung muka;
kain ~
kain penutup kepala atau muka perempuan, selendang;
tali ~ bulu (rambut) di pipi, cambang, jambang;
~ belanga penutup belanga;
~ kepala
a) penutup kepala (songkok, topi, dan lain-lain);
b) = ~ muka kain selubung (untuk menutup kepala atau muka);
~ lampu penutup lampu, terendak lampu;
~ lingkup kain penutup kepala dan muka (bagi perempuan);
~ meja kain alas meja;
~ rahap kain penutup mayat sebelum ia dimandikan;
~ saji = ~ hidang = ~ sarang [kata seru] = ~ tapak penutup makanan (daripada pandan dan lain-lain) supaya jangan dihinggapi lalat;

bertudung memakai tudung, bertutup dengan tudung:
gadis-gadis itu ~ lingkup dengan kain berwarna pinang masak;

bertudungkan memakai atau menggunakan sesuatu sebagai tudung:
wanita itu hanya sempat ~ sehelai tuala mandi untuk menyelamatkan diri dari rumah yang sedang terbakar itu;

menudung menutup dengan tudung, memberi bertudung:
dia ~ mukanya dengan tangannya;
keris itu dibubuh di atas ceper perak dan ditudung dengan tetampan;

menudungi menjadi sebagai tudung pada, menutupi;

menudungkan menutupkan sesuatu sebagai tudung:
kain itu ditudungkan pada mukanya;

tertudung tertutup dengan tudung:
mukanya tidak kelihatan kerana ~ dengan kain;

penudungan perihal menudung (menudungkan);

penudung sesuatu yang dipakai untuk menudung (menudungi), penutup.

tudung III

~ roman sejenis tumbuhan (pokok), guriam, lampin budak, penculam, puding, seleguri (betina), selulang bukit, unting-unting, Clerodendron disparifolium.