tinggam

[Minangkabau] [arkaik] sejenis ilmu (jampi-jampi) untuk menjadikan orang sakit (bengkak-bengkak dan lain-lain) dengan mencucukkan duri ekor pari pada gambarnya;

meninggam mengenakan tinggam.

tinggi

1. besar jaraknya di bahagian bawah (tapaknya), jauh ke atas (di atas), lawan rendah:
bangunan tersebut dibina di suatu tempat yang ~;
kapal terbang pengebom jenis ini dapat terbang ~;
dataran (tanah) ~
dataran (tanah) yang permukaannya jauh ke atas dari permukaan laut;

2. panjang (berkenaan (dengan) bangun tubuh dan lain-lain), lawan pendek:
Hasan ~ orangnya;
~ pokok itu 20 kaki;

3. hampir sampai ke tempat yang di atas sekali;
matahari telah ~ sudah hampir setengah hari;

4. luhur, mulia:
kami berdoa agar tercapai cita-citanya yang ~;
budi pekerti yang ~
;

5. peringkat atau tingkat atas (berkenaan (dengan) pangkat, taraf, dan lain-lain), sangat baik (mutu dan lain-lain):
mahkamah ~;
jawatan ~;
martabat ~;
sekolah ~;
barang-barang bermutu ~;

6. sudah lanjut (umur);
usia ~ sudah tua;

7. mahal (harga dan lain-lain), besar (perbelanjaan dan lain-lain):
pada masa harga getah ~ dahulu rakyat hidup mewah;
sara hidup di Eropah lebih ~ daripada di Asia;

8. sudah maju (kecerdasan, tamadun, dan lain-lain), berada pada tingkatan atas (pelajaran, pengetahuan, dan lain-lain):
bertamadun ~;
seni yang ~;

9. angkuh, besar diri, sombong:
cakapnya selalu ~;
hidung ~ ki bongkak, sombong;

10. halus dan keras (suara), muluk, nyaring:
lagu yang ~ hendaklah dinyanyikan dengan suara yang ~;
~ hari
hampir tengah hari;
~ hati megah, sombong;
~ rezeki tidak mudah mendapat rezeki;
~ disusupi, rendah dilangkahi = ~ disigai, besar ditebang (peribahasa) dicari (disiasat) sehabis upaya;
~ kelepur, rendah tikam = ~ gelepur, rendah laga (peribahasa) banyak cakap tetapi tidak ada buktinya;
~ lawak-lawak (peribahasa) perihal hidup melampaui kemampuannya (kuasanya);
awak rendah sangkutan ~ (peribahasa) besar belanja daripada pendapatan;
hendak ~ terlalu jatuh, hendak panjang terlalu patah (peribahasa) orang yang hendak terlalu meninggikan dirinya jatuh (kecewa) juga akhirnya;
(yang) ~ tampak jauh, yang dekat julung bersua (peribahasa) pemimpin yang bertanggungjawab (yang mendapat pujian dan celaan);

meninggi
1. menjadi tinggi, naik tinggi ke atas:
pokok itu tumbuh membesar dan ~ dari sehari ke sehari;

2. menjadi kuat dan nyaring (suara), muluk (suara):
suara orang mengaji semakin ~;

3. angkuh, sombong:
cakapnya ~ sahaja;

4. menghampiri atau hampir berada pada waktu tengah hari:
hari semakin ~;
~ hari
tinggi hari;

setinggi
1. (hingga) sama tinggi, mencapai tinggi:
air di kawasan rumah pengantin lelaki naik ~ 0.6 meter;
pembangunan itu mengandungi sebuah bangunan pejabat ~ 28 tingkat;

2. seberapa tinggi:
mereka dikatakan lebih berminat untuk mendapatkan tawaran gaji ~ yang boleh;
memang saya mahu mencipta nama ~ yang mungkin;

setinggi-tinggi
1. seberapa banyak yang mungkin, tidak terhingga banyaknya, sebanyak-banyaknya:
baginda mengucapkan ~ terima kasih kepada sekalian rakyat;
beliau juga mengucapkan ~ tahniah dan penghargaan atas kejayaan sahabatnya itu;

2. seberapa tinggi yang mungkin, paling tinggi:
~ terbang bangau, hinggap ke bubungan juga;

meninggikan
1. menjadikan tinggi, menambahkan (mutu dan lain-lain):
bangunan itu telah ditinggikan lagi dua tingkat;
kerajaan sedang berikhtiar ~ taraf pendidikan dan ekonomi rakyat;

2. mengangkat (menyanjung) menjadi tinggi;
~ diri membesarkan diri;

3. mengeraskan atau menguatkan (suara);

mempertinggi menjadikan lebih tinggi;
~ tempat jatuh, memperdalam tempat kena (peribahasa) sengaja membesar-besarkan kesalahan sendiri sehingga mendapat hukuman (kerugian) yang lebih berat;

ketinggian
1. perihal tinggi, taraf (keadaan dan sebagainya) yang tinggi:
pendidikan dapat membawa kepada kejayaan dan ~ kedudukan seseorang dalam masyarakat;
sastera yang mengagungkan ~ budi;

2. (tempat dan lain-lain) yang lebih tinggi duduknya (letaknya):
peti yang berisi jenazah itu diletakkan di tempat yang agak ~ di tengah aula;

3. terlalu tinggi:
dahan itu tidak dapat dicapainya kerana ~;

peninggian perihal meninggikan, penambahan (mutu, pendapatan, dan lain-lain).

tinggung

bertinggung, meninggung duduk di atas tapak kaki dengan kaki berlipat dan punggung tidak diletakkan di lantai, bercangkung, berjongkok.

tingi

[Jawa] sejenis kulit kayu yang dijadikan bahan cat untuk mewarnai kain batik.

tingkah I

perbuatan yang ganjil-ganjil atau tidak patut, canda, olah, ragam:
ia teringat-ingat ~ kawannya yang cepat menimbulkan marahnya tadi;
banyak ~
banyak ragam;
salah ~ berlaku tidak wajar;
~ laku (langkah, perangai) gerak-geri, kelakuan, perbuatan:
ia disukai orang kerana kehalusan budi bahasanya dan kebaikan ~ lakunya;

bertingkah
1. melakukan perbuatan yang ganjil-ganjil (buruk dan lain-lain):
monyet jenis ini suka ~;

2. berbuat tidak wajar (yang bukan-bukan), berlaku ganjil:
jangan kau ~ terhadapku kerana aku bukan anak kecil lagi;
~ laku
berbuat berbagai-bagai laku, berlaku;

3. = bertingkahan tidak sekata (seimbang, sehaluan) dengan, tidak sama nadanya dan sebagainya (dengan):
memanglah ganjil dan sumbang kalau gong atau gendang ~ dengan dram.

tingkah II

1. sejenis gendang;

2. = tingkahan a) pukulan gendang dan lain-lain yang mengiringi lagu, tarian, dan sebagainya;
b) nyanyi (tepuk tangan dan lain-lain) yang menyertai bunyi-bunyian;

bertingkah-tingkah, tingkah-meningkah silih berganti, bersahut-sahutan, berselang-selangan:
bunyi katak dan salakan anjing ~ memecah kesunyian malam;

meningkah, meningkahi
1. memukul gendang dan lain-lain menyelang (mengiringi) lagu atau bunyi lain;

2. mengiringi (menyahut) lagu dan lain-lain dengan bunyi lain (alat muzik, tepuk tangan, dan lain-lain):
suara nyanyian anak-anak perahu ditingkah oleh suara geseran rebab dan kecapi;

tingkahan pukulan gendang, tingkah.

tingkah III

meningkah
1. membalas (menjawab, menyahut) perkataan orang:
Aku tidak percaya, katanya ~;

2. menyelang (menyampuk, memotong) perkataan orang, membantahi:
maafkan saya kerana ~ semasa tuan sedang bercakap tadi;
ia berasa tersinggung kerana sahabatnya ~ pendapatnya.

tingkal

garam ~ sejenis garam habluran berwarna putih yang dapat larut dalam air (digunakan untuk pateri), boraks.

tingkalak

[Minangkabau] sejenis alat menangkap ikan yang bentuknya panjang merunjung, sejenis lukah, tengkalak;
~ menghadap mudik, lukah menghadap hilir (peribahasa) segala sesuatu menurut adat kelazimannya.