tindih

bertindih
1. bersusun yang satu di atas yang lain, berlapis-lapis:
beberapa fail tersusun bertindih-tindih di atas gerobok;
~ bangkai (mayat)
bangkai (mayat) bertimbun-timbun;
~ bersusun bertompok bersusun-susun;
~ riba (dengan) = ~ paha (dengan) duduk berdekatan (berdampingan) dengan;
jatuh ~ jatuh yang satu menghempap (menimpa) yang lain;

2. berasak-asak, berdekat-dekat, rapat-rapat (penuh sesak):
berkampunglah segala isi negeri, sekalian itu habislah ia berkampung penuh sesak, bertindih-tindih;
berjalan ~
berjalan berasak-asak (berjejal-jejal) rapat;
duduk ~ (bertindih-tindih lutut) duduk rapat-rapat;

3. mencakupi atau meliputi aspek-aspek dan sebagainya yang sama atau serupa;

tindih-bertindih saling menghimpit (menghempap);

bertindihan tindih-bertindih;

menindih
1. meletakkan sesuatu di atas:
surat-surat di atas meja itu ditindih dengan sebuah buku supaya tidak berserakan ditiup angin;

2. menekan dari atas, menghempap, menghimpit, menimpa:
ahli gusti itu merebahkan lawannya dan ~nya kuat-kuat;

3. [kiasan] menindas, memeras, menganiaya, menyusahkan:
di sini ada orang yang hidup dengan keuntungannya dan ada yang hidup terus terlantar, yang satu ~ yang lain;
yang rebah ditindih
ki yang sudah malang (miskin) bertambah malang (miskin);
ditindih yang berat, dililit yang panjang (peribahasa) tidak berupaya melepaskan diri daripada kekuasaan orang (daripada kemalangan dan lain-lain);

tindih-menindih
1. hempap-menghempap, timpa-menimpa;

2. tindas-menindas, saling menganiaya;

tertindih
1. menindih (atau ditindih) dengan tidak sengaja:
dia disengat akibat ~ lipan apabila memusingkan badan;

2. ditindih (ditekan atau diasak dari atas), terhempap:
dia ~ olehnya ketika mereka sedang nyenyak tidur;

3. [kiasan] mengalami kesusahan, tertekan, terhimpit:
barangkali limpahan batik fesyen baru di pasaran menyebabkan batik keluaran syarikatnya ~;

tindihan himpitan, tekanan, tindasan;

ketindihan
1. tertindih, tertekan;

2. [Jakarta] tidak dapat bergerak-gerak ketika sedang tidur;

pertindihan perihal atau keadaan mencakupi atau meliputi aspek-aspek dan sebagainya yang sama:
~ fungsi;

penindihan perihal menindih, penghimpitan, penekanan, penindasan;

penindih alat untuk menindih (kertas, surat, dan lain-lain):
~ kertas.

tindik

bertindik berlubang atau sudah dibuat lubang halus pada sesuatu bahagian tubuh seperti telinga dan hidung (supaya boleh dipakaikan anting-anting dan sebagainya):
~ telinga istiadat melubangi cuping telinga;

menindik melubangi (mencucuk) sesuatu bahagian tubuh seperti telinga dan hidung:
supaya dapat memakai subang, telinga hendaklah ditindik;

menindikkan membuat supaya seseorang bertindik:
terdapat kedua-dua istiadat tersebut, iaitu menyucikan Raja Ahmad dan ~ dua orang puteri baginda Sultan Mansur Shah;

penindikan perihal atau perbuatan menindik:
~ cuping telinga anak perempuannya.

tindis

menindis, menindisi
1. meletakkan sesuatu di atas, menindih:
kertas-kertas itu ditindisi dengan sebuah batu;

2. menekan, menimpa, menindas:
daripada pandangan yang dilayangkannya itu, aku bisa menangkap kemurungan yang sedang ~ jiwanya;

tertindis tertekan, tertindih:
~ perasaan.

tingau II

sejenis tumbuhan (pokok), ceremai burung (hantu), galan, sekincak, selusuh, tingas, tinjau, Leptonychia heteroclita (glabra).

tinggal I

1. diam (di), menetap:
sejak dari kecil lagi ia ~ di bandar itu;
saya ~ di rumah ayah saudara saya;

2. terus berada di (tidak berundur dr), masih ada (di sesuatu tempat):
saya tidak boleh ~ lama di sini kerana banyak kerja di rumah;
esok siapa mahu ~, ~lah, saya mahu pergi juga;

3. yang ada lagi, bakinya, berbaki, bersisa: setelah ditolak segala perbelanjaan ~ tiga puluh ringgit sahaja;
kuih yang dihidangkan habis dimakannya, tidak ada yang ~
;

4. terkebelakang (daripada orang lain dan lain-lain), ada di belakang, tidak turut maju (naik darjah dan lain-lain):
mereka semua terus maju ke hadapan, kita juga yang ~;
murid yang lulus dalam peperiksaan dinaikkan darjah, yang gagal ~;

5. sudah berlalu (lampau), tidak berlaku atau kedapatan lagi (berkenaan (dengan) peristiwa, keadaan hidup, dan lain-lain):
corak masyarakat yang kuno itu sudah ~, diganti dengan cara hidup yang moden;

6. tetap (kekal, selalu) seperti hal atau keadaannya yang sedia (yang demikian):
akibatnya yang kaya bertambah kaya dan yang miskin ~ miskin;
tidak ~
tidak selalu (sentiasa);

7. mengabaikan, melalaikan, melupakan, mencuaikan:
ia sangat beribadat orangnya dan tidak ~ sembahyang;
tidak ~
tidak mengabaikan:

8. hanya perlu …, tidak payah membuat apa-apa kecuali …:
persediaan menyambut hari raya sudah siap, ~ menanti harinya sahaja;

9. terpulang (terserah, terletak) pada, bergantung pada:
kata putus mengenai perkara ini ~ pada pengurus syarikat;

10. yang didiami (diduduki);
rumah (tempat) ~ rumah (tempat) yang didiami;

11. yang dikosongkan (ditinggalkan):
maka adalah kelakuan negeri itu seperti negeri ~, sunyi tiap-tiap kedai dan pasarnya;
ladang ~;
~ arwah
sudah meninggal;
~ baka yang ada hanya keturunan;
~ tulang sangat kurus;

bertinggal = ~ kata berpesan (sebelum berangkat);

meninggal = ~ dunia kembali ke rahmatullah, mati:
ayahmu yang telah ~ itu janganlah dikenangkan sangat;

meninggali
1. menduduki, mendiami:
rumah itu sekarang ditinggali oleh cucu-cicitnya;

2. membiarkan tinggal sesuatu (untuk), memberi pusaka:
Raja Umar ditinggali baginda belanja emas urai empat kati;

meninggalkan
1. membiarkan (mendiamkan) sahaja pada tempatnya (keadaannya dan lain-lain), tidak membawa pergi:
mereka terpaksa ~ anak isteri di kampung untuk pergi ke bandar mencari pekerjaan;

2. pergi dr, berundur dr, menjauhkan diri dr:
ia mula ~ tempat itu;
kereta api bergerak semula ~ stesen Seremban menuju Kuala Lumpur;

3. membiarkan berbaki, menyisakan:
tidak dihabiskan makanan itu, ditinggalkan sedikit untuk anaknya;

4. memberi (kepada), mewariskan, memberi (bekas-bekas, kesan, dan lain-lain), mengakibatkan:
~ pesanan;
~ harta;
sindiran itu begitu tajam sehingga ~ kesan yang dalam di hatinya;

5. membiarkan sahaja (tidak mengambil, mempergunakan, dan lain-lain), melepaskan (peluang, kesempatan, dan lain-lain):
sekarang aku berasa kesal kerana ~ peluang baik itu dahulu;

6. sudah melebihi (melampaui, melewati, mendahului, mengatasi):
dalam banyak lapangan, bangsa lain telah ~ bangsa Melayu;
dalam menguruskan perkara perkahwinan saudara-mara tidak baik ditinggalkan;

7. tidak memasukkan ke dalam pertimbangan (perkiraan dan lain-lain), mengetepikan, mengesampingkan:
kerana kesuntukan masa, beberapa acara dalam perayaan itu terpaksa ditinggalkan sahaja;
ia hanya menyebut masalah-masalah besar dan ~ yang kurang penting;

8. membuang (adat dan lain-lain), tidak memakai atau menjalankan lagi (peraturan, faham, cara, dan lain-lain), meletakkan (mengosongkan) jawatan dan lain-lain:
penyajak ini sudah ~ bentuk syair sama sekali;
pernah kedapatan gadis bangsa asing ~ agama mereka kerana mengikut laki-laki bangsa kita;

9. tidak mempedulikan atau mengendahkan (kewajiban dan lain-lain), mencuaikan (mengalpakan, melalaikan):
~ kewajiban;

tertinggal
1. terbiar pada tempatnya dan lain-lain (kerana tidak dibawa sama, tidak hilang, dan lain-lain):
ia terpaksa pulang kerana khuatir akan anaknya yang sudah lama ~ di rumah;

2. terkebelakang (kerana tidak dapat mengejari atau menyaingi), tercicir:
tidak berapa lama kemudian, hilanglah sudah kapal itu ~ di belakang;

3. terdapat sebagai baki daripada sesuatu, tersisa:
kerana banyak jemputan tidak hadir, banyak makanan yang ~ begitu sahaja;

4. terabai, terbengkalai:
banyaklah kerja-kerja yang ~ kerana pekerja-pekerja baru itu tidak dapat menghabiskannya;

tinggalan
1. sesuatu yang ditinggalkan:
wang ini sahajalah ~ ayahnya;

2. sisa;

3. [arkaik] = peninggalan;

ketinggalan
1. yang tinggal baki, kelebihan, sisa:
belum dijelaskan semua hutangnya, masih ada~;

2. tertinggal (dengan tidak sengaja), tidak dibawa dan lain-lain (kerana terlupa, khilaf, dan lain-lain), kelupaan:
rokokku tidak ada dalam saku, ~ di kereta;

3. terbelakang (dalam pelajaran, kemajuan, dan lain-lain), tercicir:
apabila sudah khayal tentulah mereka akan ~ dalam pelajaran;

4. (telah) ditinggalkan oleh (bas, kereta api, dan lain-lain):
kami ~ bas dan sampai di sana lewat setengah jam;

5. = ~ zaman tidak seimbang (sesuai) dengan keadaan (kebiasaan dan lain-lain) zaman:
sikapnya tidak membenarkan anak perempuannya bersekolah agak ~ zaman;
tidak ~
tidak alpa, (lalai, lengah), tidak mahu terbelakang (melakukan sesuatu):
ia tidak pula ~ daripada menolong ibu bapanya;

peninggalan
1. sesuatu yang ditinggalkan, pusaka, warisan:
~nya, sebuah buku, sekarang ini terletak di hadapan saya di atas meja;
harta ~
harta pusaka;

2. = sepeninggalan seberangkatan, sepemergian, sesudah matinya:
sepeninggalannya, agama Islam telah tersebar di Samudra;

3. sesuatu sisa atau bekas dari zaman dahulu (purbakala):
saya lihat ada sebuah kota batu besar ~ kerajaan Hindu atau Islam agaknya;

peninggal
1. = sepeninggal setelah (berangkat, berlalu), seberangkat, sepergi:
adapun ~ aku keluar ini hendaklah engkau mengatur perang;
sepeninggalnya datanglah adiknya;

2. = sepeninggal setelah meninggal (mati):
sepeninggal Suyono beredar mata Leman melihat ke dinding lantaran malu:

3. [sastera lama] yang ditinggalkan, pusaka:
maka datanglah Raja Kida Hindi dengan pelbagai permata ~ datuk neneknya.