Tetuan

panggilan yang biasa digunakan kepada firma guaman, misalnya ~ Zainur Zakaria dan ~ Faiz & Co.

tetuang

sejenis alat bunyi-bunyian (dibuat daripada buluh, tanduk, dan lain-lain) yang ditiup untuk memberi isyarat dan lain-lain;
~ udara [arkaik] alat pemancar radio;

tuang-tuang.

tetuban

selaput pembungkus bayi semasa bayi dalam kandungan ibunya, tuban-tuban;

ketuban, tentuban.

tetubuh

akar ~ sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar cabai, akar seborek (seburus), seborek paya, Gnetum kingianum.

TEVS

[kependekan] Teachers of English in Vernacular Schools (Guru Bahasa Inggeris di Sekolah Bahasa Sendiri).