orang yang diundang (dijemput) untuk menghadiri jamuan dan lain-lain, orang jemputan, jamu, tamu:
dia sibuk melayan ~ ;
~ kehormat orang yang diundang khas (biasanya orang kenamaan, pemimpin, atau pembesar) untuk menghadiri sesuatu majlis atau upacara;
ruang ~ ruang untuk melayan tetamu.
tetangga
orang yang tinggal berdekatan atau sebelah-menyebelah, orang setangga, jiran:
katanya tak pantas aku memanggil orang itu masuk rumah, hina apabila dilihat ~; tangga.
tetani
(Perubatan) sejenis penyakit yang dicirikan dengan penggerenyetan dan kekejangan otot, sawan dan spasma otot pada pergelangan tangan dan kaki sehingga boleh menyebabkan tangan dan kaki terbengkok.
tetanus
(Perubatan) sejenis penyakit kejang urat atau otot, seperti kancing gigi, yang disebabkan oleh jangkitan sejenis kuman.
tetap I
1. selalu berada di tempatnya, tidak berpindah-pindah, tidak bergerak, tidak berganjak:
di dalam kursus sains ini kelak kita akan menemui benda-benda hidup yang tinggal ~ tidak bergerak beberapa lama;
2. tidak untuk sementara:
jawatan ini adalah ~ dan berpencen;
3. tidak putus-putus, terus-menerus, selalu:
dunia masih ~ berharap bahawa segala kejayaan Rusia di angkasa lepas itu hendaknya benar-benar dilakukan untuk tujuan-tujuan damai;
4. tidak berkesudahan, kekal selama-lamanya, lestari, abadi:
kita di dunia ini tidak akan ~ , mati juga akhirnya;
5. tidak berubah-ubah (keadaannya dan lain-lain), selalu demikian halnya dan lain-lain, sama (keadaannya) :
harga getah dan timah bergantung pada pasaran dunia dan oleh sebab itu tidak ~;
6. sudah pasti, tentu, mesti:
gedung itu ~ akan dirasmikan pada hari itu;
7. teguh berpegang pada (pendirian, kepercayaan, keyakinannya, dan lain-lain):
dia ~ tidak mahu berdamai;
8. tidak berubah lagi (niat, keputusan, dan lain-lain):
niatnya untuk menunaikan fardu haji sudah ~;
~ hati teguh hati, tabah hati;
menetap tinggal dengan tetap (di), bermukim (di), duduk (di):
~lah mereka di sana untuk membuka tanah, meneroka hutan untuk dijadikan kampung;
menetapi
1. menepati atau memenuhi (janji dan lain-lain), menunaikan (niat, kaul, dan lain-lain):
dalam janji digaduhkan sampai janji ditetapi;
2. memenuhi (kewajiban, tanggungjawab, dan lain-lain), menjalankan (perintah), mematuhi;
menetapkan
1. membuat supaya tetap (tidak goyah dan lain-lain), menjadikan tetap (kekal, lestari, dan lain-lain), mengekalkan:
mereka hendak ~ apa yang telah ada;
2. menjadikan tetap (tidak untuk sementara), melantik (menerima) sebagai pegawai tetap:
setelah berkhidmat selama satu tahun, Hamidah telah ditetapkan dalam jawatannya;
3. memberi kepastian (ketentuan), memastikan, menentukan:
harinya mestilah ditetapkan untuk membicarakan kes itu;
4. membuat keputusan, memutuskan:
kami ~ hendak memberi bantuan kepada dua orang murid sahaja;
5. menjadikan tetap (tidak berubah-ubah keadaannya dan sebagainya):
~ harga;
6. memilih (melantik, mengangkat) jadi:
mesyuarat telah ~ dia jadi wakil rombongan tersebut;
7. meneguhkan (hati, janji, dan lain-lain):
oleh itu ia telah ~ hatinya sedia hendak menghadapi untung nasib;
8. memperkuat, memperkukuh:
fakir itu tinggal di negeri Samudera ~ akan agama Islam isi negeri itu;
mempertetap, mempertetapkan menjadikan lebih tetap:
ampun tuanku beribu-ribu ampun pertetapkan juga hati tuanku;
ketetapan
1. perihal tetap, kepastian, ketentuan: apa yang sedang berlaku dalam masyarakat kita bukanlah daripada ajaran Islam, malah jauh menyimpang daripada ~ hukum-hukum Islam;
2. keputusan, ketentuan, pertimbangan:
Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu akan mengambil satu ~ menyeru supaya semua pihak tidak berkeras dalam krisis Timur Tengah;
3. surat pengangkatan (perlantikan);
4. keteguhan (hati, kemahuan, dan lain-lain), kekukuhan, kecekalan:
kemahuan dan ~ hati akan mencapai suatu cita-cita yang mulia;
~ pajak [Indonesia] taksiran pajak (cukai dan lain-lain);
penetapan
1. perihal menetapkan, pemastian, penentuan:
~ bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan;
2. perihal menetapkan (harga, keadaan, dan sebagainya);
3. pelantikan (jawatan dan lain-lain), pengangkatan;
4. pelaksanaan (kewajiban dan lain-lain), penunaian (janji dan lain-lain);
5. keputusan (pendapat dan lain-lain);
penetap sesuatu yang digunakan untuk menetapkan (menyelaraskan).
tetap II
menetap mengeringkan (air mata dan lain-lain) dengan kain dan lain-lain, mengelap (dakwat, air, dan lain-lain), mengesat:
ditetapnya air matanya dengan sapu tangan;
penetap sesuatu yang dipakai untuk menetap;
kertas ~ kertas kembang, kertas lap.
tetap III
tatap.
tetapan
[arkaik] tetampan II.
tetapi
= akan ~
1. kata penghubung untuk menyatakan hal-hal yang agak berlawanan (bertentangan):
budak itu pandai ~ pemalas;
dia pemarah ~ hatinya baik;
2. (sungguhpun …) namun:
walaupun tua ~ ia masih kuat berjalan lagi.
tetar I
[Johor];
setetar sejajar, sederet;
bertetar berjajar, berderet.