[Perak] sembuh daripada penyakit (kerana diganggu puaka) dengan membuang ancak.
tetabu
burung ~ sejenis burung, taptibau, Eurostopodus temminckii.
tetaguk
[arkaik] burung pungguk;
seperti ~ di rumah tinggal (peribahasa) orang yang bekerja sendirian tetapi riuh bunyinya.
tetak I
luka ~ luka kerana diparang (dibacuk);
bertetakan saling mengenakan parang dan lain-lain kepada, saling membacuk, parang-memarang:
maka kedelapan hulubalang itu ~ mata pedang, tangkis-menangkis;
menetak memotong (mengerat dan lain-lain) dengan senjata tajam yang dihayun kuat-kuat, memancung, memarang, membacuk:
petani itu telah ~ lembu yang memakan padinya;
~ meramu menebang kayu-kayan untuk membuat rumah;
tetak-menetak saling menetak, bertetakan;
menetakkan memarangkan;
tetakan hasil daripada perbuatan menetak, pukulan atau ayunan menetak:
sebatang kayu yang tersadai di tebing sungai menjadi sasaran ~ badik Tun Daik;
penetakan perbuatan menetak, pemarangan, pemancungan, pembacukan;
penetak
1. orang yang menetak, pemarang, pemancung, pembacuk;
2. alat untuk menetak.
tetak II
[Minangkabau] [arkaik];
menetak, menetakkan menetapkan, memastikan, menentukan;
~ harinya menentukan harinya.
tetal
1. tidak berongga, mampat, padat, pejal, tumpat;
2. tidak jarang (kain tenunan dan lain-lain), kerap, rapat;
menetal, menetalkan menekan-nekan supaya padat, memejalkan, menumpatkan;
tatal III.
tetambak
(Kejuruteraan) benteng untuk menahan banjir dan lain-lain:
untuk mencegah banjir, orang ramai telah membina benteng sungai yang dipanggil ~;
= tambak I.
tetampah
[Jakarta] nyiru;tampah I.
tetampan I
[sastera lama] sejenis talam, penampan.
tetampan II
[sastera lama] sejenis selampai daripada kain sutera kuning (yang disebaikan di bahu ketika menghadap raja atau untuk menudungi barang-barang yang dipersembahkan kepada raja).