[arkaik] tengger.
tengkerong
sejenis ikan laut, gelama jarang gigi, jegigi, Otolithes ruber.
tengkes
[arkaik]
1. bantut (orang, binatang, dan lain-lain), kerdil;
2. kecil sebelah (jika dibandingkan dengan pasangannya).
tengking
1. bunyi yang nyaring dan keras (seperti bunyi ringkik kuda dan lain-lain);
2. suara yang tinggi dan keras (suara orang marah, membentak, dan lain-lain), bentak:
abang Anuar selalu kena ~, marah dan hamun kalau dia tidak dapat menjawab soalan ayah;
~ herdik bermacam-macam bentak dan hamun, berbagai-bagai herdikan;
bertengking
1. berkata dengan suara yang tinggi dan keras (membentak-bentak, mengherdik, dan lain-lain);
2. bertengkar, berbantah;
menengking
1. berkata-kata dengan suara yang keras;
2. memarahi dengan suara yang keras, membentak, mengherdik:
janganlah ditengking herdik dia kerana kesalahan yang kecil;
tengking-menengking
saling menengking;
tengkingan kata-kata yang kasar dan keras, bentakan, herdikan.
tengkoh
[Cina] candu yang dimasak.
tengkolok
1. sejenis kain penutup kepala, bulang hulu, destar, setangan kepala, tanjak;
~ alang destar yang lilitnya rendah;
2. sejenis kain penutup kepala atau selubung (daripada sutera dan lain-lain) yang dipakai oleh wanita;
bertengkolok memakai tengkolok:
kepala yang gondol tidak ~.
tengkorak I
tulang kepala (yang mengandungi otak), batok kepala, tempurung kepala.
tengkorak II
~ biawak sejenis tumbuhan (pokok), babi kurus, jenjagung, ketiak, limau hutan, melaman, memali, mentua kemenyan, rejang, Acronychia laurifolia;
~ lang
a) sejenis tumbuhan (pokok), pokok madu, Aglaia argentea;
b) sejenis tumbuhan (pokok), balun hijau, gerenggong, kedondong hutan, kerantai, Aglaia griffithii;
c) sejenis tumbuhan (pokok), tengkohalang, Aglaia kingiana.
tengku I
gelaran bangsawan Melayu (anak atau keturunan raja);
~ mahkota putera mahkota (di Johor dan di Pahang), bakal sultan, raja muda;
bertengku memakai kata tengku.