sela di antara kedua-dua belah mata.
tengkang II
akar ~ merah sejenis tumbuhan (pokok memanjat), getah gerip putih, akar segerang, akar tengkah putih, Willughbeia flavescens.
tengkar I
bantah, cekcok, selisih;
~ dan selisih berbagai-bagai percekcokan (perselisihan);
~ hati dalam perselisihan (percekcokan);
bertengkar berbantah, berbalah, bercekcok, bertaki, bertikai:
dia selalu mendengar emak dengan abangnya ~ pasal adat;
bertengkaran saling bertengkar, berbantahan, bercekcokan;
menengkari membantahi (pendapat orang dan lain-lain), menyanggahi;
menengkarkan, mempertengkarkan memperebuntukan sesuatu dengan bertengkar, memperbantahkan, mempercekcokkan:
apakala tanah itu telah didaftarkan tetaplah tanah itu menjadi hak miliknya dan tiada siapa boleh mempertengkarkannya;
pertengkaran perihal bertengkar:
rundingan telah membawa kepada ~ dan ~ pula membawa kepada perkelahian.
tengkar II
= penengkar [Minangkabau] tidak mahu menurut kata (nasihat orang dan lain-lain), degil,keras kepala, tegar hati;
anak ~ anak yang keras kepala.
tengkarah
[Minangkabau] perselisihan (pertentangan) pendapat, pertengkaran.
tengkarap
[Johor], [Minangkabau] rosak semuanya, binasa (tentang musuh dan lain-lain), jahanam, musnah;
menengkarapkan
1. merosakkan semuanya, membinasakan, memusnahkan;
2. [kiasan] menurunkan pangkatnya, menjatuhkan dari kedudukannya (raja, pembesar, dan lain-lain).
tengkaras
sejenis tumbuhan (pokok yang menghasilkan kayu gaharu), karas, kekaras, kayu gaharu, Aquilaria malaccensis.
tengkawang
sejenis tumbuhan (pokok yang menghasilkan minyak tengkawang), membatu sengkawang, damar laut, Isoptera sumatrana.
tengkek
sejenis burung (bulunya berwarna biru).
tengkel
tahi yang berbutir-butir (tahi kambing dan lain-lain), gentel, pil, untal;
bertengkel-tengkel bergugus-gugus (buah-buahan).