Telugu.
teleinfo
maklumat yang dipaparkan pada skrin televisyen sebagai pemberitahuan.
telek
[Jawa] tepat;
telak.
telekan
bertelekan (duduk dan sebagainya) dengan kedua-dua belah siku bertumpu atau terletak pada sesuatu (dan biasanya tapak tangan menopang muka), berteleku:
Pak Amat naik dan duduk di atas anak tangga, ~ sikunya pada ambang pintu;
~ lutut (kedua-dua belah tangannya) bertekan pada lutut;
~ pinggang bercekak pinggang.
telekap I
[arkaik];
ubat ~ ubat plaster, koyok.
telekap II
menelekap menekap, menekup;
tekap I.
telekom
[kependekan] telekomunikasi.
telekomunikasi
sains yang berkaitan dengan penghantaran maklumat melalui talian telefon, gentian optik, mikrogelombang dan satelit.
teleks
perkhidmatan perhubungan antarabangsa yang menggunakan kemudahan teleprinter.
teleku
berteleku (duduk dan sebagainya) dengan kedua-dua belah siku bertumpu atau terletak pada sesuatu (seperti meja, riba, dan sebagainya) dan dengan tapak tangan biasanya menopang muka, bertelekan dengan siku:
dia hanya duduk ~ tidak berkata apa-apa walaupun kawannya sibuk berbual-bual;
~ (bertopang, bertongkat) dagu berteleku dengan tangan ditopangkan pada dagu, duduk bertongkat ruas.