telefon

1. = pesawat ~ alat untuk bercakap dengan orang yang jauh (dengan menggunakan tenaga elektrik dan kawat atau hubungan satelit);
membuat panggilan ~ menelefon;

2. percakapan (panggilan) yang menggunakan alat tersebut:
suatu pagi Mustapha menerima ~ sewaktu dia baru benar sampai di markas polis;~ awam telefon yang terdapat di tempat awam untuk kegunaan orang ramai;
~ bimbit telefon mudah alih tanpa wayar yang berfungsi dengan menggunakan isyarat gelombang;
~ selular telefon bimbit;
~ telinga sejenis alat yang dipakai di telinga untuk membolehkan seseorang mendengar siaran radio atau perhubungan telefon;

bertelefon
1. mempunyai telefon;

2. sedang bercakap melalui telefon;

menelefon bercakap (memanggil) melalui telefon:
dia telah ~nya dan menceritakan apa yang terjadi.

telefoto

berkaitan dengan sistem kanta fotografi yang digunakan untuk menghasilkan imej besar dan jelas sesuatu objek jauh:
kanta ~ sejenis kanta yang digunakan untuk mengambil gambar secara telefotografi.

telegraf

alat untuk menghantar berita dengan cepat ke tempat yang jauh (dengan kuasa elektrik dan kawat).

telegram

berita (perkhabaran) yang dihantar dengan telegraf, berita kawat:
~ itu menyatakan suaminya baru sahaja meninggal dunia;

menelegram menghantar berita dengan telegraf, mengetuk kawat.