tangkas

1. cepat (gerak-geri), cekatan, cergas, cepat, pantas:
ia berjalan dengan ~;

2. gesit, giat, sigap:
perjuangan antara dua orang pahlawan itu sangat hebat, mereka sama ~ dan sama pandai;

ketangkasan perihal tangkas, kecekatan, kecepatan, kecergasan, kepantasan, kesigapan:
anak-anak muda kelihatan kagum melihat ~ kedua-dua teman mereka.

tangki I

tempat menyimpan minyak (air dan lain-lain), kolam air, teng;
kapal ~ kapal untuk mengangkut minyak (tanah);
~ najis tangki septik;
~ septik tempat menakung najis, air kumbahan dan sebagainya (biasanya di bawah tanah) yang dapat diuraikan melalui tindakan bakteria.

tangki II

sejenis tumbuhan (herba), akar keman hantu, keman air (gajah), kangkung puteri, Neptunia prostrata.

tangkis

tangkisan: Terung Pipit pun tersalah ~ penikam Tengku Sultan;
bulu ~
sejenis permainan seperti tenis dan menggunakan sejenis bola daripada bulu ayam, badminton;

bertangkis-tangkisan saling mengelakkan pukulan dan lain-lain daripada lawan:
maka kedelapan hulubalang berpalukan cokmarnya ~;

menangkis
1. menepiskan atau mengelakkan pukulan musuh dengan tangan (alat, senjata, dan lain-lain):
segera ditikamnya, maka ditangkis baginda;
maka ditangkisnya dengan perisainya;

2. membalas dan melawan serangan, mematahkan serangan musuh:
mereka akan diberi penerangan oleh pegawai-pegawai untuk ~ serangan musuh;

3. menjawab atau membalas (kritikan, tuduhan, dan lain-lain), membantah, menolak:
dia hanya tersenyum kerana tidak dapat ia hendak ~ tuduhan itu;

menangkis-nangkis menangkis berturut-turut atau berulang kali;

tangkis-menangkis saling menangkis:
maka kedelapan hulubalang itu bertetakan mata pedang ~ ;

tertangkis dapat ditangkis, terelak:
dia terpaksa menghadapi pelbagai kritik yang tidak ~ olehnya;

tangkisan gerakan menangkis (serangan dan lain-lain), hasil menangkis;

penangkisan perbuatan menangkis:
suara sorak-sorai kian gemuruh mengikuti setiap suara ~ yang didengar dari dewan itu;

penangkis alat untuk menangkis:
dua ketumbukan askar ~ Jepun dengan satu pasukan kereta kebal telah mendarat di utara Tanah Melayu;
meriam ~
meriam untuk menangkis serangan kapal terbang.