swasenyawa

penswasenyawaan (Biologi) penyatuan gamet jantan dengan gamet betina daripada individu yang sama, seperti pada sesetengah protozoa, kulat, dan lain-lain, autogami.

swasta

yang mengendalikan kegiatan (perusahaan dan sebagainya) sendiri, bukan milik kerajaan:
penerbit ~;
sekolah ~;
syarikat ~;

menswastakan memindahkan perkhidmatan dan perusahaan yang diurus oleh kerajaan kepada pengendalian pihak swasta (dengan kerajaan memungut cukai daripada keuntungan yang diperoleh), menjadikan swasta (bukan lagi milik kerajaan):
ada rancangan untuk ~ beberapa jenis perkhidmatan yang kini dikendalikan oleh kerajaan;

penswastaan perihal (tindakan) menswastakan (perkhidmatan dan perusahaan kerajaan).

sweater

(Tks) pakaian bahagian atas badan yang dibuat daripada benang bulu, gentian buatan dan sebagainya yang boleh dipakai di luar sebagai jaket, atau dipakai bersama kot.

swiper

(dalam perlawanan bola sepak) pemain yang kedudukannya di belakang pemain pertahanan dan membantu pemain barisan pertahanan dan kadang-kadang membuat serangan, libero.

SWT

[kependekan] Subhanahuwataala:
Allah ~.

Syaaban bulan yang kelapan dalam tahun Hijrah.