sut I

1. bunyi seperti bunyi daun buluh ditiup angin;

2. [kata seru] (seakan-akan siulan) untuk menyuruh orang diam.

sut III

1. [Kedah], [Kelantan] hujung, penghabisan;

2. yang penghabisan (terakhir) sekali.

sut IV

1. satu set pakaian luar daripada bahan (kain) yang sama, untuk lelaki terdiri daripada seluar dan jaket atau weskot dan untuk perempuan terdiri daripada skirt atau seluar dan jaket;

2. selengkap pakaian Melayu (lelaki dan perempuan) yang sedondon.

sutan

[Minangkabau]

1. gelaran kaum bangsawan:
berapa banyaknya orang Darat yang berbini di sini, jadi menantu S~-S~ dan Marah-Marah;

2. awal nama gelaran:
sebenarnya ia bergelar S~ Baginda;

bersutan ~ di mata, beraja di hati membuat sekehendak hati;

bersutan-sutan berasa megah atau sombong kerana kebangsawanannya.

suten

bersuten [Indonesia], [bahasa percakapan] mengundi (dengan mengadu jari beramai-ramai) untuk menentukan siapa yang akan bermain dan lain-lain dahulu;

= sut II.

suter

1. sejenis benang yang lembut dan halus yang didapati daripada sejenis ulat;
ulat ~ sejenis ulat rama-rama Bombyx mori yang mengeluarkan benang sutera;

2. kain atau cita yang dibuat daripada benang sutera;
~ kembang sutera yang bersulam;
~ buatan = ~ tiruan sutera yang dibuat secara kimia;
jual ~, beli mastuli (peribahasa) kehilangan yang berharga, mendapat yang lebih baik (lebih berharga);
seperti ~ dalam lukisan (peribahasa) sesuatu yang sudah bagus beroleh darjat atau tempat yang bagus pula.

sutil

[Jawa] sejenis sudip untuk membalik-balikkan benda yang digoreng dan lain-lain.

sutradara

[Indonesia] pemimpin (pengatur) sesuatu lakonan (filem dan lain-lain), pengarah;

menyutradarakan memimpin (mengatur) sesuatu lakonan (filem dan lain-lain), mengarah;

penyutradaraan perihal (proses) menyutradarakan (mengarah) sesuatu lakonan, filem, dan sebagainya.

sutuh

[Arab] atap rumah yang rata yang diperbuat daripada batu dan dilapisi dengan tanah.