judul kecil atau judul tambahan kepada sesuatu judul, kata-kata atau frasa yang menjelaskan atau menjadi pelengkap kepada sesuatu judul.
subkelas
bahagian (pecahan) kecil daripada kelas.
subkontrak
kontrak yang dipertangunggjawabkan kepada sesuatu kontraktor oleh sesuatu kontraktor lain (asal) untuk menjalankan sesuatu projek (tugasan);
mensubkontrakkan menjalankan kerja secara subkontrak:
sesuatu kontrak itu mungkin disubkontrakkan kepada pengusaha lain.
subkontraktor
orang (syarikat) yang bertanggungjawab menjalankan subkontrak.
subkultur
(Biologi) kultur mikroorganisma yang diperoleh daripada kultur lain yang sedia wujud.
subkumpulan
bahagian daripada sesuatu kumpulan.
sublema
subentri.
sublimat
[Indonesia-Belanda] sejenis benda beracun (untuk membunuh kuman dan lain-lain).
submesingan
sejenis mesingan mudah alih dan ringan.
subnormal
tidak mencapai tahap normal, terutamanya kecerdasan atau perkembangan:
pendidikan kanak-kanak ~.