serpih kayu, selumbar.
subang I
sejenis perhiasan cuping telinga perempuan yang berbentuk bulat dan lain-lain;
telinga rabit dipasangkan ~, kaki untut dipakaikan gelang, jari kudung dimasukkan cincin (peribahasa) canggung sekali;
bersubang memakai subang (di telinga);
bak gadis baru (jolong) ~ (peribahasa) orang hina papa atau miskin yang menjadi sombong kerana memperoleh kemuliaan atau kekayaan;
sungguh ~ tidak berdara (peribahasa) wanita yang sungguhpun berpakaian elok tetapi buruk juga kelakuannya;
menyubang memotong nipis-nipis dan bulat;
~ tebu mengerat-ngerat tebu.
subang II
akar ~ sejenis tumbuhan (pokok renek yang menjalar), Sphenodesma pentandra.
subantartik
berkaitan dengan kawasan berhampiran dengan Garisan Antartik, yang terletak di sebelah utaranya.
subartik
berkaitan dengan kawasan berhampiran dengan Garisan Artik, yang terletak di sebelah selatannya.
subbahagian
bahagian kecil daripada sesuatu bahagian utama (induk) yang telah dibahagikan.
subbidang
bidang kecil daripada bidang induk:
geomorfologi adalah ~ kepada bidang geografi;
rancangan membentuk kira-kira 300 000 istilah dalam pelbagai bidang dan ~ ilmu pengetahuan.
subbudaya
amalan, cara hidup, sikap dan sebagainya sekumpulan orang yang berbeza daripada masyarakat seluruhnya:
pelajar Melayu yang baru tinggal dalam masyarakat Indonesia sudah tentu mengalami masalah ~.
subeditor
penolong editor.
subentri
kata masukan atau entri kamus yang merupakan turunan daripada entri utama (pokok), misalnya memasak yang terbit daripada entri utama masak.