STP

1. [kependekan] Suhu dan Tekanan Piawai;

2. [kependekan] Sijil Tinggi Persekolahan.

strata

1. lapisan (bumi dan sebagainya);

2. tingkat kedudukan, peringkat taraf (dalam susunan atau hierarki tertentu):
novel-novel yang menyentuh soal keruntuhan akhlak, perbezaan ~, perbezaan kaum, penyelewengan persahabatan, dan sebagainya;

berstrata terbahagi kepada beberapa kelas, golongan, tingkat dan sebagainya, bersusun lapis:
sebuah masyarakat yang ~;

penstrataan proses pembentukan tanah atau batuan yang bersusun lapis:
beberapa muara tertentu akan mengalami percampuran sekata manakala pada masa-masa lain pula akan mengalami ~ atau menjadi berlapis.

strategi

1. ilmu tentang cara-cara merancang dan melaksanakan tindak-tanduk peperangan, ilmu siasat perang;

2. siasat perang, taktik perang;

3. [bahasa percakapan] siasat (muslihat) untuk mencapai sesuatu maksud;

4. rancangan yang teratur (yang memperhitungkan pelbagai faktor) untuk mencapai matlamat atau kejayaan;
~ dua (tiga) serampang strategi yang terdiri daripada dua (tiga) rancangan atau pendekatan yang utama yang dilaksanakan sekali gus atau secara bersepadu.

strategik

1. berdasarkan strategi:
letaknya ~ dan hanya dapat dicapai daripada tiga jurusan;

2. [bahasa percakapan] baik (elok) letaknya.

stratifikasi

= ~ sosial pembahagian masyarakat kepada beberapa lapisan atau kelas yang berlainan, susun lapis masyarakat, pembahagian kepada atau pembentukan strata.

stratigrafi

(Geologi) kajian tentang ciri-ciri lapisan batu batan (seperti kandungan dan kedudukan relatif) untuk menentukan sejarah geologi lapisan tersebut.

stratopaus

(Geografi) sempadan di antara stratosfera dengan mesosfera yang altitudnya kira-kira 50 – 55 km.