alat untuk menyukat isian udara dalam paru-paru.
spirulina
sejenis alga yang berkhasiat untuk kesihatan.
splenektomi
(Perubatan) pembuangan limpa secara pembedahan.
splenitis
(Perubatan) radang pada limpa.
SPM
[kependekan] Sijil Pelajaran Malaysia.
spoiler
aksesori yang biasanya dipasang di atas penutup ruang barang belakang kereta untuk meningkatkan kestabilan semasa kereta bergerak laju.
spondilitis
(Perubatan) radang pada ruas tulang belakang.
spondilosis
(Perubatan) penyakit sendi pada tulang belakang yang menyebabkan sendi tersebut tidak dapat bergerak.
spontan
tidak dengan paksaan, dengan desakan atau gerak hati sendiri sahaja, berlaku atau tercetus dengan sendiri (tidak dengan dipaksa-paksa atau setelah dirancang-rancang):
kita ingin melihat penyair-penyair secara ~ menyuarakan sesuatu yang berfaedah untuk insan sejagat;
penerimaan dan pengertian masyarakat terhadap sesuatu yang baru tidak selalunya ~;
kespontanan keadaan spontan.
spora
(Biologi) biji-biji sel yang menjadi benih bagi tumbuh-tumbuhan yang tidak berbunga (seperti paku pakis, cendawan, dan lain-lain).